Tips Kekal Cergas Dan Bertenaga Ketika Berpuasa
Diam tak diam, kita sudah menghampiri bulan Ramadhan. Walaupun berpuasa, tugasan harian mesti dilaksanakan seperti biasa. Bagi yang bekerja di luar, berpuasa memang merupakan satu cabaran, ditambah pula dengan cuaca panas yang akan menyebabkan kehausan, letih dan tidak bermaya. Entri saya pada kali ini, ingin sekali saya kongsikan tips untuk kekal cergas ketika berpuasa.
Puasa diwajibkan kepada umat islam iaitu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Namun puasa bukan sebagai alasan untuk tidak melakukan tugasan harian seperti biasa.
Sebenarnya ada cara untuk mengelakkan rasa cepat lapar, dahaga, lemah, letih dan lesu semasa berpuasa. Ikuti tips berikut, dan semoga bermanfaat.
1. Jangan tinggalkan sahur dan sebolehnya melewatkan sahur. Pengambilan makanan yang seimbang semasa bersahur sangat membantu untuk kekal cergas.
2. Pastikan minum air secukupnya lebih kurang 3 liter untuk mengelak dari dehidrasi. tips untuk pengambilan air semasa bulan puasa ialah 2 liter semasa berbuka sehingga sebelum tidur, manakala lagi 1 liter di ambil semasa bersahur.
2. Pastikan minum air secukupnya lebih kurang 3 liter untuk mengelak dari dehidrasi. tips untuk pengambilan air semasa bulan puasa ialah 2 liter semasa berbuka sehingga sebelum tidur, manakala lagi 1 liter di ambil semasa bersahur.
3. Jangan menangguhkan berbuka. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas yang mudah dirserap oleh badan seperti buah kurma.
4. Hindari minuman yang sejuk dan kandungan gula yang tinggi. Jangan minum air sejuk atau berais ketika berbuka kerana boleh menyebabkan perut kembung akibat keadaan berasid di dalam perut setelah perut kosong sepanjang hari. Sebaliknya amalkan permulaan berbuka dengan air suam atau air yang rendah kandungan gulanya.
5. Semasa berbuka makan dengan sederhana dan berperingkat-peringkat. Ini bagi memastikan perut kita merasa selesa setelah seharian sistem pencernaan kita berehat. Jangan makan dengan hidangan yang besar, ini akan menyebabkan perut berasa senak dan sebu pada malam hari dan berlarutan keesokkan harinya.
6. Elakkan pengambilan makanan yang pedas dan berempah. Makanan ini akan merangsang pengeluaran asid gastrik dengan banyak.
7. Elakkan minuman berkafein kerana minuman sebegini akan membuatkan anda lebih kerap membuang air kecil dan akan mempercepatkan kehilangan air dalam badan.
8. Jangan terus tidur selepas sahur. Tubuh badan kita memerlukan masa untuk mencernakan makanan dengan sempurna. Makanan yang tidak dicerna dengan betul akan mengakibatkan sisa makanan menjadi toksid, dehidrasi tubuh dan otak, air tidak diserap dengan betul, tetapi terus di bawa ke pundi kencing.
Set Mighty 3 Gems Dari Shaklee Membantu Anda Kekal Cergas Bertenaga
Soy Protein Isolate Powder (ESP) mengandungi protein yang lambat dihadam, sekaligus memberikan kesan kenyang yang lebih lama. indeks Glisemiknya yang rendah juga memastikan supaya paras gula dalam darah berada dalam keadaan stabil dan ini membantu supaya tidak berasa cepat lapar.
Meal Shakes merupakan multivitamin dan multimineral yang dilengkapi dengan serat serta protein. Ia memberikan anda khasiat dan rasa yang mengenyangkan. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur. Kaya dengan kalsium dan serat untuk mengelakkan dari terkena sembelit.
Performance Drink merupakan minuman yang boleh meningkatkan daya ketahanan badan, memberi tenaga kepada otot dengan lebih cepat. Ia juga boleh memastikan keseimbangan elektrolit dan air terpelihara di dalam tubuh badan. Selain itu ia turut mencegah dehidrasi dan ia mudah diserap oleh badan sekaligus menstabilkan gula dalam darah.
Siapa Yang Memerlukan Mighty 3 Gems
Mighty 3 germ sangat sesuai untuk seisi keluarga.
- Ibu mengandung
- Ibu menyusu
- Mereka yang inginkan hidangan ringkas semasa bersahur
- Anak-anak baru belajar berpuasa
- Mereka yang kurang berselera
- Mereka yang ingin bertenaga semasa berpuasa
- Mereka yang selalu bekerja di luar pejabat
Comments
Post a Comment