6 Makanan Untuk Elak Anemia Di Kalangan Ibu Hamil
Anemia biasa berlaku di kalangan ibu hamil. Walapupun begitu, ia perlu ditangani segera bagi mengelak berlakunya komplikasi yang lebih merumitkan. Jadi hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan yang patut ibu hamil amalkan bagi mengelak masalah anemia.
Anemia biasa juga dikenali sebagai 'Hb low' atau darah rendah dikalangan ibu hamil, dimana dalam keadaan ini si ibu mempunyai kandungan darah yang tidak mengandungi sel darah merah yang cukup untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh termasuk untuk keperluan bayi di dalam rahim.
Anemia di kalangan ibu hamil boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti kelahiran bayi pramatang, bayi yang lahir dengan kurang berat badan serta lewat perkembangan, ibu pula berisiko menghadapi masalah tumpah darah ketika bersalin dan kemurungan selepas bersalin.
Simptom anemia termasuklah kerap berasa pening, lesu, sukar fokus, kelihatan pucat, sesak nafas, sejuk dan kerap kebas tangan dan kaki. Antara punca anemia adalah kerana kekurangan nutrisi penting iaitu vitamin B12, asid folik, vitamin C dan zat besi.
Beberapa makanan yang disarankan untuk ibu hamil bagi mengelak anemia adalah;
1. Hati Ayam
Walaupun ramai yang tidak mengemari makan organ dalaman seperti hati ayam, namun percayalah ia sangat membantu kerana ia merupakan makanan yang mangandungi paling tinggi zat besi. Setiap 100gms hati ayam mengandungi 9mg zat besi, manakala hati lembu lebih banyak kalori berbanding hati jenis lain. Selain hati, kerang juga merupakan makanan yang tinggi dengan zat besi. Jadi boleh juga amalkan kerang seminggu sekali.
2. Kuning Telur
Telur mengandungi banyak khasiat seperti protien, kalsium, vitamin dan zat besi. Boleh cuba amalkan telur ayamg kampung atau telur yang bergred baik dan diperkaya dengan omega 3. Kuning telur jika diamalkan sangat membantu dalam masalah kurang darah. Cuba amalkan pengambilan telur 2 biji setiap hari samada digoreng atau direbus mengikut citarasa anda.
3. Ikan
Ikan salmon di antara ikan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega 3 dan vitamin B12 yang sangat membantu dalam pembentukan sel-sel darah. Selain ikan salmon, ikan tuna dan ikan sardin juga mengandungi asid lemak omega 3. Tambahan pula ikan sangat sesuai dijadikan diet harian kerana ia merupakan makanan yang rendah nilai kolesterol. Telur ikan pula mengandungi nutrisi berkhasiat seperti protien, karbohidrat dan zat besi juga boleh membantu untuk menaikkan hemoglobin.
4. Sayuran Berdaun Hijau
Sayuran yang berdaun hijau mengandungi khasiat zat besi dan kandungan asid folik semulajadi seperti bayam, brokoli, kangkung, sawi, kale, salad dan sebagainya sangat membantu dalam mangatasi masalah anemia sekaligus meningkatkan kesihatan.
5. Buah Tembikai
Tembikai kaya dengan vitamin A merupakan antara buah-buahan yang dikatakan sangat membantu menambah darah. Selain bagus untuk kesihatan mata, vitamin A juga berperanan dalam meningkatkan jumplah sel darah merah. Ia membantu zat besi dalam hemoglobin untuk mengikat oksigen.
6. Roti Dan Bijirin
Roti serta bijiran berserat tinggi mengandungi karbohidrat, serat semulajadi dan tinggi dengan zat besi boleh membantu menigkatkan penghasilan sel-sel darah. Ibu hamil sangat digalakkan untuk mengamalkan atau mengambil menu diet seperti pasta, bijirin penuh serat, roti jagung untuk menangani anemia.
Jika anda mengalami masalah kurang darah ketika hamil, bolehlah cuba amalkan makanan-makanan di atas. Semoga bermanfaat.
Nurulaily Binti Ishak
Id no : 1247606
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Comments
Post a Comment