Cara Merawat Resdung Dengan Semulajadi Dan Berkesan
Penyakit resdung adalah di antara penyakit yang sering di alami oleh masyarakat di Malaysia. Ramai yang tidak menyedari mereka sedang ataupun berisiko untuk mendapat resdung. Jadi, entri pada kali ini saya nak berkongsi tentang komplikasi resdung serta cara merawatnya secara semulajadi dan berkesan.
Menurut Dr. Ezairy (55 Soal Jawab Penyakit) 25 peratus rakyat Malaysia menghidap resdung dalam diam dan peratusan ini meningkat saban tahun. Ramai yang tidak memandang serius tentang penyakit ini tapi sebenarnya ia boleh mendatangkan bahaya kepada penghidapnya.
Resdung merupakan sejenis penyakit yang menyebabkan radang pada rongga sinus akibat dari jangkitan kuman. Antara kuman yang menjadi penyebab penyakit ini adalah Streptococcus dan Staphylococcus.
Tanda-tanda Anda Menghidap Resdung
Sebelum kita cerita tentang bahaya resdung, kita lihat dulu apakah tanda-tanda resdung.
- Kerap bersin
- Dengkuran yang luarbiasa
- Gatal hidung, dalam mata dan kawasan sekitar muka
- Sakit kepala terutama di bahagian dahi dan pipi
- Berhingus dan hidung kerap tersumbat
- Pening kepala diwaktu pagi
- Alahan atau gatal-gatal selepas mengambil makanan laut
Komplikasi Penyakit Resdung
Biasanya, jika kanak-kanak yang menghidap resdung ia boleh menyebabkan jangkitan sellulitis dan merah pada bahagia mata yang akhirnya jika tidak dirawat boleh menyebabkan buta. Bagi orang dewasa pula, ia boleh menyebabkan nanah di sinus frontal tidak dapat dikeluarkan melalui hidung dan akan masuk serta memenuhi ruang otak. Keadaan ini akan menyebabkan dinding pemisah akan menjadi semakin tebal dan akan mengakibatkan sinus mudah tersumbat. Antara komplikasi lain adalah :
- Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
- Jangkitan otak (meningitis)
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Jangkitan tulang muka
- Lelah yang kronik
- Berdengkur yang kronik
- Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
- Alahan hidung atau hidung sensitif
- Selesema biasa yang melarat
- Muka ditumbuhi jerawat
- Hingus atau lendir yang hijau dan busuk
Beza Sinus sihat dan Sinus yang dijangkiti Resdung |
Siapakah Yang Berisiko Mendapat Resdung ?
Berikut merupakan individu yang berisiko terkena resdung:
1. Mereka yang alah dengan habuk dan makanan yang menjadi penyebab hidung gatal dan tersumbat.
2. Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung
3. Mereka yang mempunyai septum dinding pemisah hidung yang bengkok
4. Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para
5. Mereka yang mempunyai turbinate yang besar, berisiko mendapat resdung kerana lebih mudah menyumbat sinus
Jom tonton video dibawah dan kita lihat apa kata Puan Nurhafizah Zamri tentang vitamin dari Shaklee yang telah membantu beliau memulihkan masalah kulit kusam dan resdung yang teruk
Vitamin Shaklee Yang Disarankan Untuk Merawat Resdung
Alfalfa Complex
Alfalfa yang kaya dengan klororofil berfungsi mengurangkan tahap keradangan resdung (sinuisitis), elergik, gegata dan eczema. Namun bagi pesakit SLE, tidak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.
B-Complex
Berfungsi memelihara selaput lendir agar kekal sihat dan juga membantu dalam penghasilan antibodi badan. Selain itu, B-Complex juga berperanan sebagai suplemen anti-stress, sebagai penstabil hormon dan juga penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan.
Sustained Release Vita-C Plus
Berfungsi sebagai antioksida yang sangat penting dalam meningkatkan antibodi semulajadi dan daya tahan seseorang terhadap penyakit. Vitamin C membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu badan. Ia juga berperanan memastikan proses pemuliharaan metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.
Testimoni
Jangan berlengah lagi untuk merawat resdung anda sebelum ia benar-benar menjadi teruk. Rawatlah resdung anda dengan vitamin dari Shaklee yang sudah tentu terbukti ianya berkesan dan semulajadi.
Untuk membuat pesanan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya atau anda juga boleh membuat pesanan terus secara online.
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Comments
Post a Comment