Simptom Osteoarthritis Dan Cara Atasinya Dengan Berkesan

Osteoarthritis adalah bentuk arthritis yang paling biasa dihidapi oleh ramai orang dan ia telah menjejaskan berjuta-juta orang di seluruh dunia. Osteoartritis boleh berlaku pada mana-mana sendi di dalam badan, tetapi paling biasa menyerang sendi di tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang. Kepekaan terhadap simpton serta mengamalkan penjagaan kesihatan sendi boleh menyelamatkan anda dari terkena penyakit ini. 




Osteoarthritis, merupakan “kehausan” arthritis. Punca sakit sendi ini disebabkan oleh kerosakan jaringan tulang rawan. Walaupun ia tidak boleh dirawat sepenuhnya namun dengan corak hidup yang aktif, mengekalkan berat badan yang ideal serta penjagaan kesihatan sendi dapat mengurangkan perkembangan penyakit ini. 


Simptom Osteoarthritis


Perkembangan simptom Osteoartritis selalunya berlaku dengan perlahan dan akan bertambah buruk dari masa ke masa jika tidak dirawat lebih awal. Tanda-tanda dan simptom osteoarthritis termasuk:

1.  Sendi terasa sakit semasa atau selepas pergerakan.

2. Sendi terasa lembut walaupun hanya tekanan ringan dikenakan kepadanya. 

3. Kaku sendi terjadi paling ketara apabila bangun pada waktu pagi atau selepas tempoh tidak aktif.

4. Kehilangan fleksibiliti dimana pergerakan menjadi terbatas. 

5. Sendi mengeluarkan bunyi berdetup-detup semasa pergerakan.

6. Bengkak dan kemerahan terjadi pada sendi yang terjejas.










Siapakah Yang Berisiko Mendapat Osteoarthritis


1. Golongan yang berusia lebih cenderung menghidap osteoarthritis.

2. Wanita.

3. Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

4. Mereka yang pernah mengalami kecederaan pada sendi.

5. Mereka yang mempunyai otot peha yang lemah.

6. Genetik iaitu sesetengah orang cenderung mewarisi penyakit ini.

7. Pekerjaan tertentu yang selalu melibatkan tekanan berulang pada sendi. 

8. Kecacatan tulang dimana sesetengah orang dilahirkan dengan sendi yang cacat atau rosak, yang boleh meningkatkan risiko osteoarthritis.


Rawatan Untuk Osteoarthritis


Ubat-Ubatan 

Ubat yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan seperti paracetamol dan tramadol amat biasa digunakan, terutama bagi mereka yang mempunyai masalah seperti gastrik dan ulser mulut.

Pesakit yang kerap mengalami tanda-tanda seperti bengkak, sakit dan panas sendi perlu dirawat dengan kumpulan ubat anti-inflamasi bukan steroids (NSAIDS). Walaubagaimanapun ubat ini boleh menyebabkan gastrik dan menganggu fungsi buah pinggang terutama dikalangan orang tua. Justeru itu ubat ini hanya diberikan dalam dos yang rendah dalam jangka masa yang pendek. 

Suntikan sendi dengan ubat corticosteroids digunakan dengan meluas untuk mengurangkan komponen inflamasi osteoartritis. Ubat ini berkesan selama satu hingga beberapa bulan. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat ini secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai kesan sampingan. Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan ubat ini lebih daripada tiga suntikan setahun. 





Pembedahan

Pesakit yang kerap mempunyai masalah bengkak dan inflamasi sendi yang berulang akan dinasihatkan menggunakan cara rawatan pembedahan artroskopi. Artroskopi bertujuan untuk memeriksa kerosakan di dalam ruang sendi seperti kerosakan pada meniscus, kerosakan lapisan rawan serta pembentukan tulang berlebihan (spur) pada hujung tulang. Kerosakan tersebut boleh dicukur, dibersihkan, serta dibuang dari ruang sendi. Ini bertujuan untuk mengurangkan proses inflamasi serta kerosakan mekanikal yang selanjutnya.

Pembedahan pertukaran sendi lutut adalah pembedahan yang paling kerap dijalankan. Keputusan pembedahan ini adalah amat menggalakkan, ramai pesakit dapat kembali kepada fungsi aktiviti harian. Tujuan utama pembedahan ini ialah menghilangkan kesakitan sendi lutut terutamanya kepada mereka yang mengalami kesakitan yang teruk, di mana ubat-ubat yang digunakan tidak lagi memberi kesan. Pesakit boleh berjalan dengan baik tanpa bantuan dalam masa sebulan selepas pembedahan. Sendi lutut yang dipasangkan boleh bertahan lama untuk lima hingga 20 tahun sekiranya dijaga dengan baik. 




Rawat Osteoarthritis Dengan Suplemen Dari Shaklee


Jom tonton video testimoni dari saudari Nursilawati tentang sakit Osteoarthritis ayahnya yang kian pulih selepas mengamalkan suplemen dari Shaklee.




Suplemen Shaklee yang membantu Osteoarthritis




OmegaGuard


Merupakan minyak ikan terbaik yang mempunyai kepekatan asid lemak omega 3 yang tinggi. Berfungsi sebagai anti-radang dan juga bertindak sebagai pelincir untuk membantu pergerakan sendi selain dapat mengurangkan kesakitan. 







Vivix


Kaya dengan resveratrol boleh membantu mengekalkan dan memperbaiki fungsi dan struktur sendi serta mengurangkan faktor yang menjadi punca kepada penyakit yang berkaitan sendi selain boleh memberikan tenaga berterusan.







OsteMatrix


Menyediakan keperluan kalsium, magnesium dan vitamin D yang menyokong kesihatan kepada tulang dan sendi.




Collagen Powder


Apabila semakin berusia kandungan kolagen dalam badan makin berkurang. Dengan pengambilan kolagen dapat membantu memperbaiki bahagian-bahagian sendi atau tulang awan yang rosak. Selain itu ia juga bersifat elastik membantu memberi regangan kepada sendi. 





Bagi pesakit osteoarthritis atau anda telah mula rasakan simpton-simptom penyakit ini sangat digalakkan berikhtiar dengan pengambilan suplemen dari Shaklee secara konsisten beserta dengan doa dan sabar. Lebih baik merawatnya awal sebelum ia menjadi parah.


Nak order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-684 1829


Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Rawat Gangrene Anda Dengan Cara Semulajadi Dan Berkesan