Suplemen Untuk Ibu Hamil Yang Semulajadi, Selamat Dan Berkesan
Assalamualaikum semua...
Kali ini saya nak share tentang suplemen yang telah membantu ramai wanita semasa proses kehamilan dan ianya adalah semulajadi, selamat dan berkesan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang hamil, Alhamdulillah mendapat rezeki anak dari Allah. Kehamilan merupakan perkara yang sangat mengembirakan kepada pasangan suami isteri, lebih-lebih lagi bila isteri hamil anak pertama, lagilah excited kan !!!
Berapa ramai lagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat, maka bersyukurlah yang doa anda telah dimakbulkanNya dan bersabar dalam menempuh proses kehamilan yang semestinya banyak ragam dan cabaran.
Persediaan mental dan fizikal perlu ada bagi kedua-dua suami dan isteri, kerana dalam tempoh ini akan ada banyak perubahan emosi dan fizikal pada si isteri. Suami pula hendaklah memahami dan saling membantu si isteri menjalani tempoh ini dengan tenang.
Masalah Yang Biasa Dialami Semasa Proses Kehamilan
1. Anemia
Anemia adalah kekurangan sel darah merah yang disebabkan oleh kekurangan nutrien seperti zat besi, asid folik dan vitamin B12.
Contoh makanan yang kaya dengan zat besi |
2. Diabetes Semasa Hamil
Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai Diabetes Gestasi. Kencing manis (diabetes) yang dihidapi buat kali pertama semasa hamil. Diabetes berlaku adalah disebabkan badan tidak boleh menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil insulin dengan secukupnya.
3. Pra-eklampsia
Pra-eklampsia adalah keadaan dimana seorang ibu hamil mengalami tekanan darah tinggi yang melebihi bacaan 140/90, mengalami pembengkakan pada anggota tubuh atau edema teruk, selain itu mempunyai protien dalam urin dan mengalami simptom-simpton seperti penambahan berat badan, kebas-kebas pada tangan, sakit kepala serta pedih ulu hati.
4. Mual Dan Muntah-Muntah
Keadaan ini biasanya berlaku semasa trisemester pertama, namun ada juga yang mengalaminya sepanjang tempoh hamil. Antara punca yang mungkin adalah disebabkan oleh hormon estrogen, deria bau yang kuat semasa hamil, perut yang sensitif dan juga akibat tekanan.
5. Sembelit
Sembelit berlaku adalah disebabkan peningkatan hormon progestron dimana ia menyebabkan otot-otot sentiasa berada dalam keadaan rehat termasuk otot dalam sistem penghadaman. Makanan yang melalui sistem penghadaman bergerak perlahan dan keadaan lebih teruk apabila kandungan semakin membesar dan menghimpit rektum. Pengambilan zat besi yang tinggi juga boleh menyebabkan sembelit berlaku.
6. Mudah Letih Dan Kurang Bertenaga
Biasanya berlaku ketika trisemester pertama dan diakhiri trisemester ketiga. Ibu hamil akan merasakan tekanan, sukar untuk tidur lena dan beberapa masalah lain akan menyumbang kepada masalah mudah letih.
7. Pening Dan Pitam
Berlaku disebabkan kekurangan sel darah merah di dalam badan
8. Kejang kaki
Berlaku antaranya disebabkan pengambilan fosforus yang berlebihan (makanan seperti snek dan air bergas, daging yang telah diproses seperti sosej, nugget), kurang kalsium dalam darah, pembentukan asid laktik pyruvic iaitu hasil sampingan metabolisme kanji dan gula yang menjejaskan pengaliran darah ke kaki dan juga tekanan rahim yang semakin membesar pada saraf kaki.
9. Sakit Tulang Punggung Dan Pinggang
Sakit tersebut berlaku adalah disebabkan pertambahan berat badan, perubahan postur badan, tekanan serta perubahan hormon semasa kehamilan.
Jom kita tonton video salah seorang pengamal Set Hamil Shaklee yang berpuas hati kerana cergas bertenaga sepanjang kehamilannya.
Suplemen Yang Disarankan Untuk Ibu Hamil
1. B Complex with Folic Acid
B-complex yang lengkap dengan kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B6, Biotin, Asid Pantotenik, Asid Folik dan B12). Asid folik sangat penting kerana fungsi utamanya adalah untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna bagi mengelakkan kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Pengambilan B Complex juga dapat menyokong sistem imun dan membantu mengurangkan masalah loya (morning sickness) kepasa si ibu.
2. OmegaGuard
OmegaGuard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak Omega 3 termasuk DHA dan EPA. DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Bagi ibu pula, ia membantu mengawal tahap kolesterol dan membantu mengawal berat badan berlebihan secara semulajadi.
3. OsteMatrix
OsteMatrix dari Shaklee mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D, dimana seorang ibu hamil memerlukannya sebanyak 1000mg-1300mg sehari. Magnesium berfungsi untuk bergabung dengan kalsium didalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula meransang penyerapan kalsium untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Bagi si ibu pula, ia membantu mengelakkan kekejangan otot, menstabilkan tekanan darah dan denyutan jantung. Selain itu mengelakkan dari penyusutan kalsium si ibu yang telah digunakan untuk perkembangan bayi dalam kandungan.
4. Sustained Release Vita C Plus
Vitamin C penting bagi ibu dan bayi untuk membina kolagen bagi membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam tubuh badan. Ia juga bertindak sebagai antioksida yang membantu badan ibu meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, vitamin C juga penting dalam membantu penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
5. Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea adalah multivitamin dan pengambilannya sudah cukup membuatkan si ibu tidak perlu lagi mengambil obimin. Kaya dengan zat besi jadi dapat membantu ibu dalam pembentukan hemoglobin serta membantu menyelesaikan masalah anemia.
6. Energizing Soy Protein (ESP)
Mengandungi protein yang sangat baik bagi membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon serta enzim dalam tubuh badan. Penting untuk pertumbuhan yang baik kepada kuku, rambut dan kulit. ESP juga membuat si ibu bertenaga kembali selepas mengalami morning sickness. Asid amino didalam protien juga bertindak bagi membentuk otot dan organ bayi.
Bagi memudahkan anda, kami telah menyediakan set untuk Ibu Hamil seperti gambarajah di bawah.
Testimoni
Jadi tunggu apa lagi ? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Memang set hamil sangat2 membantu
ReplyDeletepaling suka amek vit c....dulu memang amek set hamil...
ReplyDeleteset hamil ini paling best saya guna . ALhamdulillah sangat
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIbu hamil memang tak boleh tinggalkan vitamin.klu kurang nutrisi macam2 masalah kesihatan timbul kan.
ReplyDeleteCara Semulajadi Kurangkan Sakit Gout
Set hamil memang sangat membantu saya. Sampai skrg continue ambik set menyusu pulak. Hehe
ReplyDelete