Tips Kurangkan Sakit Bersalin Secara Semulajadi
Kita biasa dengar orang mengatakan sakit bersalin merupakan sesuatu yang paling sakit. Memang tidak dinafikan, saya sendiri pernah melaluinya. Walaupun kita tidak dapat lari dari mengalami kesakitan ketika bersalin, namun kita masih boleh mengawalnya kerana yang membezakannya adalah cara kita menangani kesakitan tersebut. Jom ikuti tips untuk mengurangkan rasa sakit ketika bersalin secara semulajadi.
Tubuh badan wanita akan mengalami proses yang amat kritikal semasa bersalin, ia dikatakan sebagai pertarungan nyawa antara hidup dan mati. Besar sungguh pengorbanan wanita yang melahirkan.
Kesakitan ketika bersalin sebenarnya mempunyai manfaatnya tersendiri antaranya, dapat membantu mencari rentak untuk meneran, menguatkan secara emosi dan fizikal serta memberi persediaan kepada wanita untuk melangkah ke alam keibuan.
Berikut adalah beberapa cara kurangkan sakit contraction yang boleh ibu amalkan sebagai persediaan untuk menghadapi kelahiran.
- Mencari sebanyak mungkin informasi tentang kelahiran. Lagi banyak yang kita tahu, kita akan lebih relaks.
- Belajar tentang pernafasan berirama.
- Memeluk pasangan untuk mendapatkan semangat daripadanya dan ia dapat membantu mengurangkan kesakitan.
- Menghirup sedikit minuman isotonik atau air, antara sela masa contraction.
- Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat, sedikit dan kerap apabila lapar.
- Kipas diri kita dengan kipas kecil elektrik.
- Mengerang dan merintih, adalah strategi terbaik untuk menghadapinya tetapi tidak keterlaluan.
- Pegang tangan pasangan kita.
- Gambarkan dalam fikiran, bayi bergerak ke bawah melalui pelvis dalam setiap contraction.
- Bergurau dengan pasangan dan jururawat, bidan atau doktor. Jangan terlalu serius.
- Dapatkan ciuman (dari pasangan atau orang yang tersayang)
- Mendengar muzik atau ayat-ayat Quran bagi yang muslim.
- Berjalan-jalan di sekitar bilik untuk mengurangkan rasa lenguh dan sakit.
- Berehat dengan selesa di atas longgokan bantal.
- Buka pelvis selebar yang mungkin, contohnya melutut pada sebelah kaki, dan sebelah kaki lagi keluar ke tepi.
- Berfikiran positif adalah satu kemestian.
- Mengeluh lembut dengan setiap nafas.
- Mempercayai badan kita sendiri.
- Kerap berulang ke tandas. Pundi kencing yang penuh akan melambatkan kelahiran.
- Lelap sebentar antara kontraksi.
Selain itu magnesium bertindak sebagai 'natural induce'. Kalsium pula diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk pergerakan. Apabila wanita hamil itu sedang stress semasa mengalami fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix kerana ia membantu mengendurkan otot semasa 'contraction' dan membuatkannya si ibu rasa mengantuk.
Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah semasa hampir bersalin dan waktu melahirkan, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.
Jadi, Ostematrix ni adalah suplemen yg sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil sehingga hampir waktu untuk melahirkan bayi. Selain Ostematrix, ESP juga membantu memberikan tenaga kepada ibu semasa proses kelahiran.
Namun adalah lebih baik jika mengamalkan Set Kehamilan dimana ia mengandungi nutrisi lengkap untuk ibu hamil.
Kepentingan Kalsium Dan Magnesium Untuk Ibu Hamil?
Antara kepentingan magnesium semasa hamil adalah
- Membantu dalam memelihara kekuatan tulang si ibu dan bayi
- Mencegah pengecutan uterus pramatang (jika tidak dikawal, boleh mengakibatkan keguguran)
- Mengawal paras insulin dalam darah, jadi si ibu insyaAllah bebas dari GDM
- Mencegah kekejangan kaki
- Mencegah sembelit, seterusnya mencegah buasir
- Membantu dalam memastikan denyutan nadi sekata
- Membantu dalam memberikan tenaga
- Berikan ketenangan kepada otot dan elakkan ia dari menjadi stress.
- Membantu dalam mengawal paras kolestrol
Testimoni
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua, terutamanya ibu hamil yang sedang tercari-cari suplemen yang sesuai. Amalkanlah suplemen dari Shaklee kerana ia dijamin selamat, semulajadi dan berkesan.
Sekiranya anda ingin dapatkan Ostematrix atau Set Kehamilan, boleh terus hubungi saya.
Klik di bawah untuk pembelian secara online.
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Wah baguslah tips ni..saya antar orang yang ambik masa yang lama nak bersalin..boleh cuba tips ni..
ReplyDeleteMaster Recognition Rally Pullman Putrajaya
Bagus ni. Masa bersalin dulu tak berkenalan lagi dengan Shaklee. Memang serik la rasa bersalin normal. Dah rasa dua dua. Saya Prefer operation, lebih relax & tak sakit.
ReplyDelete