Cara Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Selamat Dan Berkesan
Diabetes atau kencing manis merupakan antara penyakit yang sering dihidapi di kalangan rakyat Malaysia. Penyakit ini terjadi apabila bacaan gula (glukosa) dalam badan yang melebihi paras normal. Gula merupakan sumber tenaga bagi badan kita tetapi jika berlebihan akan menyebabkan masalah kesihatan.
Bagaimana Diabetes Boleh Terjadi ?
Ia terjadi apabila organ pankreas gagal berfungsi dengan baik dan mengakibatkan penghasilan hormon insulin yang tidak mencukupi untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan. Tanpa insulin yang cukup ia akan menyebabkan terjadinya lebihan gula di dalam saluran darah. Oleh kerana itu, penghidap diabetes sering berasa keletihan dan kekurangan tenaga kerana gula tidak dibekalkan ke dalam sel.
Terdapat 2 Jenis Diabetes
1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai Diabetes
Bersandar Insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus)
atau diabetes yang dihidapi diawal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan
kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya,
penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit
semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan
penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan
suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan
insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) atau
penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana
masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, ia masih boleh
dikawal dengan pemantauan pangambilan makanan, pengurangan
berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan. Namun sekiranya pengambilan ubat secara makan tidak atau kurang memberi kesan, suntikan insulin diperlukan.
Antara Komplikasi Penyakit Diabetes
1. Mata Menjadi Kabur
Kadar gula yang turun naik atau tidak stabil boleh menyebabkan masalah keseimbangan cecair dalam kanta. Keadaan ini boleh menyebabkan mata menjadi kabur. lama kelamaan jika tidak dibendung, berlaku kerosakkan saraf pada mata dan boleh menyebabkan mata menjadi buta.
2. Jangkitan Pada Kulit
Kebiasaannya pesakit akan merasa gatal dan kebas-kebas akibat dari peredaran darah yang tidak betul. Apabila berlaku kerosakkan saraf pada kulit, pesakit tidak lagi merasa sakit apabila terluka, akibat dari itu jangkitan amat mudah terjadi.
3. Tekanan Darah Meningkat
Diabetes juga meningkatkan risiko tekanan darah tinggi akibat darah yang semakin pekat. seterusnya meningkatkan juga risiko strok dan serangan jantung.
4. Kerosakan Saraf
Peredarah darah yang tidak bagus menyebabkan darah terkumpul lama di bahagian-bahagian tertentu dan menyebabkan kerosakan saraf dan saluran darah. Keadaan ini juga dipanggil Gangrene di mana kerosakan saraf ini jika tidak dibendung boleh mengakibatkan jangkitan kuman.
5. Mati Pucuk Dan Risiko Mandul
Peredaran darah yang tidak lancar boleh menyebabkan kerosakan saraf termasuk pada alat sulit.
6. Kerosakan Buah Pinggang
Gula yang tinggi menyebabkan buah pinggang terpaksa bekerja lebih dan akhirnya merosakan buah pinggang.
4 Cara Vivix Shaklee Membantu Pesakit Diabetes
Kandungan Polifenol yang terkandung dalam Anggur Muscadine di dalam Vivix akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya mengelakkan pengumpulan gula yang tinggi yang menyebabkan diabetes.
Polifenol Anthocyanins yang terkandung di dalam Vivix membantu dalam membaiki penglihatan dan menyembuhkan luka dengan segera.
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula berlebihan dalam badan. Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan Vivix adalah dengan memperlahankan penbentukan protein AGE ini.
Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut. Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Testimoni
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
bagus jugak vivix ni ..
ReplyDelete