Tips Elak Tua Sebelum Waktunya

Penuaan merupakan proses normal bagi kita setiap manusia. Namun kelihatan tua sebelum waktunya adalah sesuatu perkara yang merisaukan lebih-lebih lagi dikalangan wanita. Lumrah setiap wanita memang inginkan kecantikkan dan mahu ia kekal lebih lama. Penuaan memang sukar dielakkan, namun ada cara untuk melambatkannya. Ikuti tips bagi mengelakkan tua sebelum waktunya.


Apakah Faktor Yang Menyebabkan Penuaan Pramatang ?

Tua sebelum waktu atau penuaan pramatang merupakan proses penuaan yang berlaku lebih cepat dari waktu yang sepatutnya. Penuaan merupakan proses semulajadi sel-sel di dalam badan. Adanya beberapa faktor yang menyebabkan proses ini berlaku dengan cepat. 

Kajian mendapati penuaan bermula dari sel kita. Kesihatan sel kita direfleks daripada bagaimana kita kelihatan (appearance) dan bagaimana kita rasa (feel). Hari demi hari sel kita mengalami kerosakan melalui pendedahan kepada radikal bebas. Radikal bebas ini lah yang boleh merosakkan komponen sel seperti DNA dan menyebabkan keradangan dan seterusnya menyumbang kepada penuaan selular. 

Radikal bebas yang dimaksudkan adalah;
  • Pendedahan kepada cahaya matahari 
  • Merokok 
  • Diet rendah protein tetapi kaya dengan karbohidrat ringkas 
  • Diet yang rendah dalam buah-buahan dan sayur-sayuran 
  • Genetik 
  • Tekanan 
  • Kurang tidur 
  • Pengambilan alkohol 
  • Kemurungan



Kesan Dari Penuaan Pramatang


Beberapa penyakit dikaitkan dengan masalah penuaan pramatang antaranya;

  • Strok dan serangan jantung
  • Kanser
  • Diabetes
  • Kolesterol tinggi
  • Hipertensi
  • Arthritis
  • Nyanyuk
  • Osteoporosis
  • Parkinson
  • Kataraks
  • Glaukoma







Tips Elak Penuaan Pramatang Dengan Shaklee

Di Shaklee, untuk mengelakkan penuaan pramatang kami mencadangkan pengambilan pemakanan yang tinggi dengan antioksidan. Terdapat beberapa suplemen dari Shaklee yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah penuaan pramatang ini. 




Vivix

Vivix merupakan suplemen antioksidan yang terbaik, mengandungi resveratrol dan polifenol yang didapati mampu mampu melawan radikal bebas dan melawan proses penuaan hingga ke peringkat selular. Ia merupakan makanan terbaik untuk sel kita bagi mengelakkan penuaan pramatang.

Gabungan European Elderberry, anggur muscadine, polyganum cuspidatum & ekstrak karot ungu boleh membantu menentang penuaan melalui;


🌿 Melindungi dan memperbaiki sel DNA serta menentang radikal bebas
 Pengawalan genetik dan membantu melambatkan di tahap sel
 Membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
 Menghalang pembentukkan protin AGE
.


Khasiat Vivix Shaklee

 Menggalakkan penuaan yang lebih sihat, awet muda dan anti penuaan.
 Membantu mengelakkan kanser - memberi tenaga melawan kanser, merencatkan sel kanser dari terus merebak
 Menurunkan risiko sakit jantung dengan melindungi jantung dan menggalakkan jantung bekerja dengan lebih efisyen.
 Mengawal tekanan darah
 Mengurangkan komplikasi akibat kencing manis/diabetis
 Menurunkan rintangan insulin
 Menyokong kesihatan sendi dan saraf termasuk bell parsy
 Membantu pesakit parkinson
 Membantu mempercepatkan pemulihan pesakit strok dan angin ahmar
 Meningkatkan kekuatan sistem imun 
 Menyahtoksin dari badan dan membantu mengurangkan habit merokok
 Menggalakkan kesihatan keseluruhan badan mencantikkan dan meremajakan kulit
 Membantu proses menurunkan berat badan dan detox dengan lebih berkesan.


Vita-E Complex

Vitamin E merupakan salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Berdasarkan kajian, vitamin E didapati telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. Ianya larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot.


Khasiat Vitamin E

  • Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Memperbaiki peredaran darah, untuk memperbaiki tisu
  • Melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
  • Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari.
  • Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan retrolental fibroplasia, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk).
  • Mengurangkan risiko keguguran bagi wanita hamil.
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki.
  • Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri. Malah wanita hamil, menyusukan anak, mengambil sebarang pil hormon dan melalui fasa menopous memerlukan vitamin E.


Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C berfungsi sebagai bahan antioksidan yang mampu melambatkan penuaan dan bertindak melawan radikal bebas didalam tubuh badan kita. Ia juga berfungsi meningkatkan daya ketahanan tubuh serta mempercepatkan proses penyembuhan luka sekaligus meningkatkan jaringan kulit menjadikan kulit awet muda.


Khasiat Vitamin C
  • Melambatkan proses penuaan
  • Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
  • Mempertingkatkan sistem pertahanan badan
  • Menguatkan dinding salur darah
  • Membantu pembentukan tisu gentian
  • Membantu penghasilan kolagen dalam badan bagi meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit
  • Membantu pembentukan pembentukan gigi dan tulang yang sihat
  • Memperbaiki kedut serta parut pada kulit
  • Mencerahkan serta menjadikan kulit lebih halus
  • Mencegah jerawat dan pigmentasi pada kulit dan wajah


Carotomax (Vitamin A)

Carotomax (Vitamin A) terkenal sebagai antioksidan hebat yang mampu melawan kanser yang disebabkan oleh radikal bebas di dalam tubuh. Sebagai antioksidan, Beta-Carotena lebih memainkan peranan. Ia merupakan agen yang sangat efektif dalam menstimulasi sistem kekebalan untuk melindungi tubuh. 
Carotamax adalah vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena dan hanya akan ditukar menjadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada 6 jenis karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia dan tubuh badan kita tidak akan mendapat perlindungan dari gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.


Khasiat Vitamin A
  • Membantu mengelakkan kanser yang disebabkan radikal bebas
  • Membantu pertumbuhan dan pergerakkan rangka dan tulang yang sihat
  • Mempertingkatkan kesihatan sel darah putih
  • Mengelakkan dari rabun jauh
  • Kesihatan kornea
  • Merendahkan risiko penyakit autoimun


Kesimpulannya pengambilan suplemen antioksidan sangat perlu bagi memastikan kita terhindar dari penuaan pramatang sekaligus mengelakkan dari penyakit penyakit akibat dari penuaan. Cukupkan keperluan antioksidan anda dengan pengambilan suplemen dari Shaklee kerana ia semestinya selamat, semulajadi dan berkesan.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut. Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Rawat Gangrene Anda Dengan Cara Semulajadi Dan Berkesan