Tips Hilangkan Sunburn Dengan Cepat Dan Berkesan
Selaran matahari atau lebih dikenali sebagai sunburn boleh berlaku kepada kulit anda sekiranya terdedah terlalu lama kepada sinaran cahaya matahari. Kulit bukan sahaja menjadi gelap, sedikit kemerah-merahan malah terasa pedih dan bengkak. Sunburn merupakan faktor risiko yang serius untuk mendapat kanser kulit. Jadi jangan pandang remeh perkara ini, jom baca tips hilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan. Sunburn ini walaupun nampak di kulit hanya kesan jangka pendek, namun ia tidak boleh diabaikan. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit yang mudah atau cepat kemerah-merahan walaupun sekejap sahaja berada di bawah sinaran matahari. Pendedahan kepada sinaran matahari ini juga mempunyai banyak kesan negatif lain seperti proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat, pigmentasi seperti jeragat malah lebih menakutkan ialah terkena kanser kulit. Tips Pencegahan Sunburn Beberapa tips pencegahan boleh diamalkan bagi mengelak kesan sunburn; 1. Hindari sinaran ma