Tips Latih Anak Berpuasa Untuk Kali Pertama
Melatih anak berpuasa buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah, perlukan kesabaran, dorongan serta pujukan yang berterusan. Selain mengambil kira mengenai kemampuan menahan lapar dan dahaga, ibubapa juga perlu memastikan anak-anak diberi pemakanan seimbang bagi membantu meningkatkan daya tahan si anak.
Bilakah Usia Yang Sesuai Ajar Anak Berpuasa ?
Sebenarnya tiada usia yang ditetapkan bagi kanak-kanak untuk mula berlatih berpuasa. Ia perlu dilakukan secara berperingkat. Hanya ibu bapa yang lebih arif untuk melatih mereka berpuasa mengikut kemampuan anak masing-masing.
Dari sudut pandangan Islam pula, umumnya kita tahu bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, sebahagian ahli Fiqah berpendapat bahawa anak yang berusia 7 tahun boleh diperintahkan berpuasa jika mereka mampu. Adalah lebih penting untuk ibu bapa mendidik anak tentang keutamaan solat berbanding puasa. Latih mereka bersolat setiap hari dan dari situ, mereka lebih mudah memahami ibadah puasa dan menjalankan ibadah tersebut dengan rela hati.
Beberapa Tips Mudah Untuk Ajar Anak Berpuasa
1. Pujuk Dan Ajak Dengan Perlahan
Pujuk anak anda untuk berpuasa dengan perlahan, bukan secara paksaan. Mulakan secara berperingkat, misalnya pada permulaan ajar anak anda berpuasa selama 3-4 jam. Kemudian barulah boleh dilanjutkan sehingga separuh hari, seterusnya penuh sehari mengikut kemampuan anak anda.
2. Bercerita Tentang Puasa
Anda mungkin boleh ceritakan tentang pengalaman waktu anda sendiri mula belajar berpuasa ketika kecil dahulu, betapa seronoknya berpuasa, betapa nikmatnya waktu berbuka yang dirasa setelah menempuh cabaran seharian berpuasa. Cerita-cerita ini mungkin akan memberikan semangat buat anak anda. Selain itu boleh juga ajarkan tentang puasa melalui buku-buku cerita termasuk menonton kisah Upin Ipin berpuasa.
3. Sediakan Aktiviti Santai
Sediakan aktiviti atau permainan santai, elak dari permainan lasak yang boleh menyebabkan anak anda cepat letih. Galakkan mereka melakukan aktiviti indoor yang melekakan seperti bermain congkak, mewarna, bermain playdoh, membuat kraf, melukis, membaca buku cerita serta mengaji Al-Quran.
4. Sediakan Hidangan Kegemaran Yang Berkhasiat
Ibu-ibu perlu kreatif dalam menyediakan makanan bagi memastikan anak-anak mendapat cukup keperluan nutrisi semasa berbuka dan bersahur. Olah resepi yang menjadi makanan kegemaran mereka supaya lengkap dengan keperluan agar boleh membantu mereka membesar dengan sihat. Pastikan juga mereka minum air secukupnya disamping pengambilan buah-buahan serta sayuran supaya sistem pencernaan mereka tidak terganggu.
5. Lewatkan Waktu Sahur Mereka
Anak-anak pada usia ini agak susah dipujuk bangun untuk bersahur. Cuba pujuk dengan lembut, beri penerangan tentang betapa perlunya untuk bersahur. Jangan kejutkan terlalu awal, kerana kemungkinan mereka akan cepat berasa lapar semula jika makan sahur terlalu awal. Jadi anggarkan masa yang sesuai bagi mereka untuk bersahur seterusnya dapat menunaikan solat subuh bersama.
Set Berpuasa Kanak-Kanak Shaklee Bantu Anak Anda Jalani Ibadah Puasa Dengan Mudah
Bagi anak-anak yang susah atau memilih makanan ketika sahur, anda boleh berikan mereka gabungan Meal Shakes dan Performance Drink. Insha Allah anak-anak anda cergas bertenaga sepanjang hari walaupun berpuasa.
Set ini juga boleh diberikan semasa berbuka bagi memastikan anak anda terus bertenaga semasa solat terawih. Anak bertenaga, ibu gembira.
Meal Shakes
- Lengkap dengan 24 jenis vitamin dan mineral dapat membantu mencukupkan nutrisi dalam badan
- Kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari usus dan perut
- Kaya dengan protien yang membantu menyihatkan sel-sel badan
- Minuman multivitamin berperisa vanilla yang lengkap dan mengenyangkan, tanpa pewarna dan gula tiruan
Performance Drink
- Minuman isotonik tidak bergas yang terbukti secara klinikal menghidrat lebih baik dari air
- Mempunyai lebih elektrolit berbanding minuman isotonik terkemuka membuatkan anda tidak mudah dahaga
- sedap berperisa oren
Testimoni Set Puasa Kanak-kanak
Setiap ibubapa mengharapkan segalanya yang terbaik untuk anak-anak. Sempena bulan ramadan ini, apakata anda sediakan Set Puasa Kanak-Kanak dari Shaklee. Ia bukan sahaja dapat memberikan tenaga semasa berpuasa malah mencukupkan nutrisi bagi membantu anak anda membesar dengan sihat. Pilihlah dengan bijak jika anda mahukan anak anda menjalani ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini.
Jadi jangan tunggu lagi. Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829
Email : lailyishak79@gmail.com
FB : Nurul Laily
Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....
Thanks for sharing
ReplyDeleteMenu Alternatif Untuk Sahur