Atasi Bau Badan Dengan Cara Yang Berkesan
Cuaca panas, biasanya menyebabkan kita berpeluh. Bagi sesetengah orang dalam keadaan ini apabila berpeluh, badan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bau badan merupakan satu masalah yang buruk dan memalukan, boleh menjejaskan keyakinan dan penampilan. Kenalpasti dahulu punca penyebab bau badan, untuk tahu cara menghilangkannya dengan berkesan.