Persediaan Berpuasa Untuk Ibu Menyusu

Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelma tidak lama saja lagi. Rasa seronok dapat menyambutnya sekali lagi dan ianya bulan yang sangat ditunggu-tunggu untuk melipat-gandakan ibadah. Bagi ibu yang menyusukan bayi, ada tak rasa risau kalau-kalau susu merundum ketika berpuasa nanti ?. Buatlah persediaan awal untuk memastikan susu anda sentiasa cukup walaupun berpuasa. 



Walaupun diberi kelonggaran atau istilahnya 'rukhsah' iaitu diberi izin membatalkan puasa untuk ibu yang menyusukan, namun jika dilakukan persediaan awal, anda tidak mempunyai apa-apa masalah dan boleh berpuasa penuh sepanjang Ramadhan. InsyaAllah.


Banyak kajian dijalankan untuk mengetahui kesan berpuasa terhadap ibu menyusu. Kajian tersebut mendapati bahawa berpuasa tidak akan mengurangi pengeluaran susu cuma bila berlaku dehidrasi yang teruk, ia akan menyebabkan susu merundum. 

Hasil kajian juga mendapati, berpuasa tidak memberi kesan mudarat kepada ibu dan juga bayi sekiranya ibu tersebut mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Ini bermaksud ibu- ibu boleh menggantikan makanan atau zat yang tidak cukup tersebut selepas waktu berbuka. Badan si ibu yang menyusukan bayi akan mengalami beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa bagi memastikan pengeluaran susu tidak terjejas.

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kandungan lemak dalam susunya tidak akan berubah jika si ibu berpuasa. Jika si ibu makan sedikit maka berat badannya akan mula turun, jenis lemak dalam susu mungkin akan berubah, tetapi jumlahnya tidak berubah.

Jadi anda seharusnya tidak perlu risau sekiranya anda faham bahawa dengan berpuasa akan memberi kita lebih banyak manfaat berbanding kemudaratan. Kemudaratan hanya berlaku dalam kes- kes yang sedikit dan diharuskan untuk membatalkan puasa sekiranya perlu.

Antara Tips Persediaan Berpuasa Bagi Ibu Menyusu

1. Minum Banyak Air 

Persediaan berpuasa dengan minum banyak air boleh mengelakkan dari dehidrasi. Air boleh diminum dengan banyak selepas waktu berbuka sehingga waktu sahur. Menyusukan bayi akan menyebabkan kita kerap rasa dahaga, jadi dengan pengambilan air yang mencukupi akan memberi kesan kepada tubuh semasa berpuasa. Jika kurang air, kita akan merasa letih dan tidak bermaya. 



2. Simpan Stok Secukupnya Sebelum Mula Berpuasa

Bantuan stok simpanan susu juga amat mambantu semasa berpuasa. Ibu menyusu boleh menyediakan stok susu ini sebelum mula bulan Ramadhan lagi. Simpan stok susu sebaiknya supaya ia boleh bertahan lebih lama. Stok susu simpanan ini juga sebagai alternatif penyusuan sekiranya berlaku kekurangan susu ketika berpuasa. dan di malam hari bolehlah melakukan penyusuan terus dari badan. 



3. Pemakanan Yang Sihat

Amalkan pemakanan yang sihat semasa berpuasa iaitu pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (glycemic index – GI) yang rendah seperti kurma. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah.




4. Ambil Suplemen Vitamin Untuk Menambah Kuantiti Dan Kualiti Susu Ibu

Pengambilan suplemen atau makanan tambahan juga boleh membantu mengelakkan susu merundum dan kekal bertenaga ketika berpuasa. 


Suplemen Shaklee Yang Dicadangkan Sebagai Persediaan Berpuasa Untuk Ibu Menyusu 

1. B-Complex



Ia sangat membantu ibu menyusu yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Apabila kerap bangun malam untuk menyusukan anaknya, secara tidak langsung ini telah mengganggu sistem badan si ibu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Apabila ini berlaku, sel-sel tidak dapat berkembang dengan sihat. 

Vitamin B bertindak sebagai penenang dan memulihkan dari keadaan stress. Apabila seseorang ibu itu tenang, maka kuantiti susu akan bertambah dan lebih lancar. Selain itu, vitamin B juga bertindak sebagai pemangkin dalam badan kita dimana ia sangat penting untuk menukarkan makanan kepada tenaga. 

2. Vita-Lea


Vitalea telah di lengkapi dengan 2 vitamin, 7 galian dan zat besi (iron) bagi membantu pembesaran bayi dengan lebih baik lagi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah juga penting bagi mengelakkan si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas menyusukan bayi. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman susu kerana ianya akan menghalang penyerapan optimum zat besi oleh badan.

3. Sustained Release Vita-C Plus


Sangat penting untuk menjaga salur darah dan sebagai antioksidan. Vitamin C adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan antibodi pada tubuh si ibu. Sumber pemangkin antibodi ini juga boleh disalurkan ke dalam susu ibu supaya faedahnya boleh dikongsi bersama melalui penyusuan ibu kepada si bayi. Pengambilan dos harian vitamin C yang mencukupi sangat penting untuk keperluan si ibu dan bayi. Antibodi yang kuat akan membantu memastikan imuniti tubuh ibu dan bayi kuat dalam melawan penyakit.

4. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP adalah protein yang berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Bertindak mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Ia juga membantu dalam pembinaan hormon, enzim dan antibodi. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. 

Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Ia adalah sumber protein terbaik dan lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar.

5. Alfalfa 



Alfalfa adalah milkbooster yang terbaik. Ia membantu memekatkan susu ibu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Alfalfa turut membantu proses perkumuhan menjadi lebih lawas dan membantu membuang angin dari dalam badan. Kesannya, anak juga susah untuk mengalami komplikasi kembung perut. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa.

Set Ramadhan

Selain dapat membantu mengelakkan susu merundum ketika berpuasa, set ini juga membantu membekalkan tenaga dan kecergasan sepanjang hari berpuasa. Antara fungsi lain ialah mengekalkan hidrasi, meningkatkan metabolisme, memecahkan lemak serta mengawal selera makan. Dengan set ini, anda mendapat bonus lain iaitu boleh mengurangkan berat badan disamping bertenaga dan tiada masalah susu merundum lagi.


Testimoni 













Anda pula bagaimana ?

Hubungi saya segera, kerana saya benar-benar ingin membantu anda. 


Jadi tunggu apa lagi ? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.



klik untuk wasap saya


Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829




Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....

Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan