Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Apakah itu Bartholin Cyst ? Adakah anda biasa dengar atau anda salah seorang penghidapnya..? Sebenarnya ramai wanita yang berisiko mendapat penyakit ini. Penting untuk setiap wanita mengetahui tentangnya, kerana ia sangat menyakitkan dan membataskan pergerakkan termasuk menganggu hubungan seksual suami isteri. Jom baca cara merawatnya tanpa pembedahan dengan berkesan.



Dibahagian faraj wanita terdapat sepasang kelenjar bartholin yang berfungsi merembeskan cecair bagi menjaga kelembapan vagina. Cyst ini terbentuk akibat kelenjar Bartholin tersumbat dan bengkak dimana ia sering terjadi disebabkan jangkitan kuman bakteria.

Selalunya kelenjar Bartholin yang tersumbat laluannya boleh menyebabkan cecair terbabit berkumpul di dalam kelenjar itu sehingga membentuk cyst yang semakin lama akan membesar.


Mengikut pengalaman wanita yang pernah menghidap cyst ini, sakit yang dirasakan sangat kuat dan melebihi sakit akibat luka bersalin semasa berpantang. Ketidakselesaan dan sakit turut dirasai semasa berjalan dan duduk. Akibatnya pesakit hanya boleh berbaring, jadi ia sangat-sangat membataskan pergerakan seharian.

Punca Bartholin Cyst

Antara punca terjadinya Bartholin Cyst adalah :

  1. Jangkitan Bakteria - tidak menitikberatkan penjagaan kebersihan di kawasan tersebut sehingga terjadinya jangkitan bakteria seperti bakteria E.Coli. Bila jangkitan ini berlaku, menyebabkan bahagian tersebut membengkak dan bernanah.
  2. Penyakit Kelamin - Bartholin cyst yang dijangkiti kuman akan membentuk benjolan yang mengandungi nanah dan bakteria seperti gonorrhea dan chlamydia.
  3. Faktor Umur - semakin meningkat umur seseorang wanita, maka semakin besar risiko untuk mendapat Bartholin cyst.
  4. Masalah keputihan - Jangan memandang remeh tentang masalah keputihan kerana ia boleh menyebabkan bakteria berkumpul seterusnya menyebabkan Bartholin cyst.


Rawatan Untuk Bartholin Cyst


Sesetengah Bartholin cyst hilang sendiri tanpa rawatan. Namun penyakit bartholin cyst ini boleh berulang. Antara rawatan yang boleh dilakukan untuk penyakit ini adalah :-

  • Ubat tahan sakit - Ubat ini tanpa preskripsi seperti ibuprofen (Advil atau Motrin) boleh melegakan kesakitan, namun tidak digalakkan penggunaan selalu kerana boleh memberi kesan negatif pada tubuh.
  • Antibiotik - Antibiotik di berikan oleh doktor untuk mengelakkan dari melarat dan dikhuatiri ia pecah
  • Pembedahan - Cara terakhir jika bartholin cyst menjadi lebih kritikal. Prosedur yang dinamakan Marsupialization. Pembedahan perlu dilakukan untuk membuang cyst pada kelenjar bartholin dengan dos bius yang minima. 


Pembedahan dilakukan untuk membuang cyst



Suplemen Shaklee Untuk Masalah Bartholin Cyst


Terdapat beberapa vitamin dari Shaklee boleh membantu masalah Bartholin cyst tanpa pembedahan jika dikesan lebih awal. Menurut customer yang mengalami masalah ini, beliau terlebih dahulu telah mendapatkan rawatan di klinik. Hanya ubat sapu diberikan dan ianya lansung tidak membantu. 

Alhamdulillah setelah beliau ikhtiar dengan GLA Complex dari Shaklee, hanya 2 hari dengan izinNya cyst mengecut dan tidak lagi berasa sakit. GLA Complex memang sangat disarankan untuk masalah cyst dalam dan luar rahim. 

Sebenarnya Bartholin cyst ini boleh berulang, jadi disarankan juga pengambilan beberapa vitamin lain bersama GLA Complex untuk meningkatkan imunisasi badan. 

GLA Complex


  • Membantu mengecutkan cyst/fibroid dengan cepat.
  • Membantu penghasilan prostaglandin.
  • Mengurangkan bengkak atau merah pada rahim yang menyebabkan kesakitan.
  • Menghalang salur darah tersumbat.
  • Menstabilkan hormon wanita.

Sustained Release Vita-C Plus



  • Mempercepatkan penyembuhan cyst/fibroid.
  • Meningkatkan daya imun tubuh melawan penyakit.
  • Memusnahkan sel yang tidak normal seperti cyst dan fibroid.


Vivix



  • Vivix kaya dengan resveratrol sebagai suplemen antioksidan dapat membantu memperbaiki sel yang tidak normal. 

Nutriferon



  • Antibiotik semulajadi bertindak sebagai anti-kulat
  • Mengaktifkan sistem pertahanan imuniti supaya penyakit tidak berulang.

Testimoni



Jom lihat apa kata customer yang telah ikhtiar dengan suplemen Shaklee untuk masalah Bartholin Cyst. 








Nak order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di talian 012-684 1829


Klik di bawah untuk pembelian secara online.





Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya