Makanan Yang Perlu Dielakkan Bagi Mengatasi Sakit Sendi

Sendi adalah anggota yang membuatkan kita mudah untuk bergerak dan ia merupakan satu anugerah yang sangat berharga. Jika ia mulai sakit dan radang mulalah kita rasa betapa sukarnya untuk melakukan sebarang aktiviti. Pelbagai punca boleh dikaitkan dengan radang pada sendi termasuklah pemakanan yang tidak sihat. Jadi kali ini saya nak berkongsi dengan anda apakah makanan yang perlu dielakkan bagi mencegah penyakit arthritis ini. 



Beberapa makanan yang perlu dielakkan adalah seperti berikut :

1. Elak Makan Lemak Tepu 

Makanan yang mengandungi lemak tepu cenderung untuk mencetus keradangan pada tisu lemak (adipose tissue). Keadaan ini juga menyumbang kepada masalah jantung dan ia akan lebih memburukkan keradangan sendi. Sumber utama lemak tepu adalah daging merah, produk tenusu  penuh lemak dan makanan yang digoreng dan diproses.

Terdapat kajian di Mount Sinai School of Medicine pada tahun 2009 mendapati penurunan jumlah lemak tepu dalam diet boleh membantu memulihkan pertahanan semulajadi tubuh sambil mengurangkan keradangan pada masa yang sama. 



2. Kawal Pengambilan Gula Dan Karbohidrat Tinggi

Jumlah kandungan gula yang tinggi dalam diet akan menyebabkan peningkatan toksin AGE. Peningkatan toksin AGE ini akan mencetuskan keradangan. Jadi, elakkan atau kurangkan pengambilan makanan manis seperti minuman manis, makanan/minuman kotak, air soda dan lain-lain bagi untuk mengurangkan sakit arthritis anda. Juga hadkan pengambilan nasi. Jangan makan terlalu banyak kerana karbohidrat tinggi seperti nasi, roti putih dan sebagainya mempunyai paras gulanya yang tinggi.



3. Ubah Pengambilan Produk Tenusu

Produk tenusu bukan sahaja banyak mengandungi lemak, tetapi ia juga mengandungi sejenis protien yang boleh menganggu tisu di sekeliling sendi, di mana keadaan ini menyebabkan sendi tersebut menjadi radang. Sesetengah mereka yang mengalami sakit sendi merasakan kesakitan mula berkurang apabila tidak lagi mengambil produk tenusu tetapi digantikan dengan sumber dari bayam, tauhu, kekacang dan sebagainya. 



4. Elakkan Merokok Dan Alkohol

Seperti yang kita ketahui tabiat merokok sememangnya tidak baik untuk semua orang, beberapa penyelidik mendapati perokok adalah mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit Rheumatoid Arthritis. Kajian telah menunjukkan bahawa merokok berbahaya kepada tulang, sendi, dan tisu penghubung. Merokok juga sering membuatkan rawatan untuk arthritis kurang berkesan dan boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi kepada proses pembedahan. 

Pengambilan alkohol pula lebih cenderung untuk menyebabkan penyakit gout, penyakit di mana asid urik tidak dapat disingkirkan dengan berkesan. Keadaan ini menyebabkan radang arthritis, terutamanya di bahagian tulang-tulang kaki yang lebih kecil. Pengambilan alkohol juga membuatkan organ hati bekerja lebih dan minum terlalu banyak boleh melemahkan hati serta menyebabkan keradangan. Kesimpulannya, pengambilan alkohol dan juga tembakau boleh mengganggu keperluan utama untuk sendi yang sihat iaitu dengan mengamalkan diet seimbang, senaman, dan tidur yang cukup.



5. Kaji Jumlah Pengambilan Garam Dan Bahan Pengawet

Penting untuk kita mengetahui jumlah garam dan bahan pengawet dalam makanan kita seharian. Kebanyakkan makanan mengandungi garam dan bahan pengawet yang berlebihan, ini adalah bertujuan untuk memastikan makanan tersebut lebih tahan lama. Bagi sesetengah orang, garam boleh menyebabkan keradangan pada sendi dan risiko mula berkurang apabila pengambilangaram dalam keadaan sederhana dan terkawal. 

Cara mengawal pengambilan garam adalah dengan makan makanan yang dimasak dari rumah serta biasakan membaca label pada setiap produk yang ingin dibeli terlebih dahulu bagi mengetahui jumlah garam serta bahan pengawet. 



6. Elak Penggunaan Minyak Jagung

Asid Lemak Omega 6 sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Namun untuk mengelakkan keradangan pada sendi, tubuh memerlukan keseimbangan Asid Lemak Omega-6 dan Asid Lemak Omega-3. Ini kerana pengambilan berlebihan Aasid Lemak Omega-6 (minyak jagung) akan menyebabkan keradangan bahan kimia yang boleh menganggu arthritis. 

Beberapa kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti kesan Asid Lemak Omega-3 untuk melegakan kesakitan kepada individu yang bermasalah sendi. Hasil kajian telah mendapati bahawa minyak ikan yang mengandungi Omega-3, boleh membantu menghilangkan rasa sakit sendi.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka yang menghidap sakit sendi. 





Nurulaily Binti Ishak

Id no : 1247606

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam


Disclaimer Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....

Comments

Popular posts from this blog

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan