Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya

Kebanyakkan wanita yang mengalami cyst pada peringkat awal tidak menunjukkan sebarang tanda kerana ia tidak menyebabkan kesakitan dan hanya ditemui ketika pemeriksaan perut yang dilakukan atas sebab lain seperti masalah kesuburan, keguguran, dan sebagainya. Namun setelah ia membesar, pesakit akan mula merasa tanda atau kesannya. Dalam beberapa kes, ovarian cyst boleh menyebabkan masalah menjadi lebih serius. Jadi adalah amat penting untuk membuat pemeriksaan awal untuk mengetahui cara merawat penyakit ini kerana ia boleh menganggu kesuburan.




Jenis Ovarian Cyst


1. Endometriomas

Cyst yang disebabkan oleh endometriosis, di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di luar rahim. 
   

2. Polycystic Ovarian Cyst (PCOS)

Beberapa cyst yang kecil tumbuh pada kilang telur ovari yang menyebabkan haid yang tidak teratur dan kadar kandungan hormon tertentu yang tinggi dalam darah. 

3. Folikel Cyst

Semasa kitaran haid wanita, telur mula terhasil di kantung yang dipanggil folikel di dalam ovari. Dalam keadaan biasa, folikel ini akan pecah dan mengeluarkan telur ovum. Tetapi jika folikel tidak pecah, ia akan membesar dan ia membentuk cyst pada ovari.


4. Corpus Luteum Cyst 

Cyst Corpus Luteum pula terjadi bila folikel yang tidak pecah, berlaku penyerapan cecair di folikel tersebut dan seterusnya ia menjadi besar. 


5. Dermoid Cyst

Ketumbuhan pada ovari yang mengandungi rambut, lemak, dan tisu lain.


6. Cystadenomas

Cyst yang bukan berlaku di dalam ovari, tetapi berlaku di permukaan luar ovari.



Kenali Tanda atau Simptom Ovarian Cyst

Antara simptomnya adalah kembung perut atau bengkak pada bahagian bawah perut, pergerakan usus yang menyakitkan, sakit dibahagian bawah perut sebelum dan ketika kitaran haid, sakit semasa persetubuhan, sakit di bahagian pinggang, paha dan payudara dan mengalami pening dan muntah. 

Jika keadaan lebih serius, pesakit akan mengalami kesakitan pada bawah perut yang lebih teruk, demam dan pernafasan lebih pantas. Ini menunjukkan samada cyst telah pecah atau berlaku kilasan ovari iaitu cyst bergerak dari kedudukan asal.  



Diagnosis

Ovarian cyst mudah dikesan hanya dengan pemeriksaan biasa di perut,  pembengkakkan pada bawah perut menunjukkan kehadiran cyst dan ujian ultrasound dibuat untuk mengesahkannya. Dengan menggunakan mesin ultrasound juga, doktor boleh menentukan saiz, kedudukan dan kandungan cyst. Alat lain yang boleh digunakan untuk mendiagnos cyst ialah Imbasan CT, MRI dan Peranti Ultrasound.

Pemantauan akan dibuat selama beberapa minggu atau bulan, jika doktor mendapati saiz cyst berkembang dengan cepat, ujian tambahan akan di adakan untuk menentukan sebab sebab berlakunya perkembangan tersebut. Ia termasuk ujian kehamilan, ujian tahap hormon dan juga ujian darah untuk mengesan kanser lebih awal.

Rawatan

Ada sebahagian keadaan dimana cyst boleh mengecil tanpa melakukan apa apa rawatan. Pemantauan dari doktor sangat penting untuk mengenalpasti samada cyst tersebut perlu dilakukan rawatan atau tidak. Beberapa rawatan boleh dilakukan samada untuk mengecilkan mahupun membuang ovarian cyst. 


1. Pengambilan Pil Perancang

Jika pesakit mengalami ovarian cyst berulang, doktor akan menyarankan pesakit untuk mengambil pil perancang. Ia bertujuan untuk menghentikan ovulasi dan mencegah perkembangan cyst yang baru. Pil perancang juga boleh mengurangkan risiko kanser ovari, di mana risiko adalah lebih tinggi di kalangan wanita menopaus.


2. Laparoscopy



Jika saiz cyst masih kecil dan keputusan daripada ujian menunjukkan ia bukan kanser, doktor boleh melakukan pembedahan laparoskopi untuk membuang cyst tersebut. Prosedur ini hanya melibatkan potongan kecil berhampiran pusat dan kemudian alat kecil dimasukkan ke dalam perut untuk membuang cyst tersebut.


3. Laparotomy




Jika saiz cyst didapati besar, akan melibatkan pembedahan yang besar pada perut. Doktor akan menjalankan biopsi dengan segera, dan jika doktor mendapati cyst itu adalah kanser, mereka akan melakukan histerektomi untuk membuang ovari dan rahim.


Cadangan Rawatan untuk Kesan Jangka Masa Panjang


Premenopausal (menoupose untuk sementara) adalah cara yang baik untuk mereka yang menghidap cyst. Kebanyakan cyst akan mengecut untuk beberapa bulan. Namun, cyst boleh kembali berulang selepas itu akibat ketidakseimbangan hormon. 

Jika tidak dirawat, cyst jenis endometriomas dan Polycystic Ovarian Cyst boleh menjejaskan kesuburan. Walaupun sesetengah doktor mengambil pendekatan "tunggu dan lihat", doktor mungkin akan mengesyorkan pembedahan untuk mengeluarkan dan memeriksa mana-mana cyst atau pertumbuhan yang berkemungkinan tumbuh pada ovari selepas putus haid. Ini kerana risiko untuk mendapat kanser ovari meningkat selepas menopause. 



Bagaimana Shaklee Dapat Membantu Merawat Ovarian Cyst


Seperti yang kita ketahui, banyak penyakit wujud adalah disebabkan oleh radikal bebas, termasuklah ovarian cyst. Dengan pengambilan anti-oksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas dalam tubuh badan kita. 





Carotomax (Vitamin A), Vitamin C dan Vitamin E yang kaya dengan anti-oksidan amat berkesan menentang radikal bebas. 

Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix juga mempunyai anti-oksidan yang tinggi di mana mampu merawat dari sel. 

GLA Complex pula sangat penting dalam rawatan membantu mengecutkan cyst. GLA (Gamma Linolenic Acid) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin (hormon) yang mampu mengawal keradangan serta mengawal keseimbangan hormon dari membentuk cyst baru. 


Jom kita lihat testimoni mereka yang telah mengamalkan vitamin Shaklee untuk merawat cyst.

Testimoni 1



Testimoni 2



Klik untuk order online







Saya benar-benar ingin membantu anda



Jangan berlengah lagi. Hubungilah saya



Klik untuk Whatsapp saya








Hubungi saya untuk pilihan vitamin mengikut masalah anda dan konsultansi percuma.

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829







Comments

  1. Info yang menarik..kita sebagai wanita perlu ambil tahu juga ttg masalah kesihatan ini..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Ada 6 jenis cyst ya Puan Laily...Tq for sharing info yang bagus nie.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan