Tips Kuatkan Rahim Elak Keguguran Berulang

Biasa tak dengar masalah rahim tidak kuat atau rahim lemah ? Baru-baru ini saya dihubungi oleh seseorang yang mengalami pendarahan semasa hamil. Katanya usia kehamilannya baru masuk 3 bulan. Beliau juga pernah mengalami keguguran sebelum ini, dan doktor menyatakan yang rahim beliau tidak kuat. Bahayakan...? Dan pada beliau masalah ini sangat menganggu emosi. Sedikit tips ingin saya kongsikan bagi mengelakkan dari berlaku keguguran berulang. 

Apakah Yang Dikatakan Dengan Rahim Tidak Kuat Atau Rahim Lemah

Rahim tidak kuat atau lemah menurut istilah perubatan merupakan keadaan dimana terdapat gangguan pada leher rahim atau serviks dan dikenali juga sebagai 'cervical incompetence'. Ia merujuk keadaan serviks yang lemah dan ketidaknormalan. Pada keadaan yang normal, serviks pada usia kehamilan 4 bulan masih belum terbuka, namun pada keadaan rahim lemah ini menyebabkan embrio terkeluar dari rahim kerana serviks terbuka lebih awal, maka keguguran berlaku. 

Daripada kebanyakkan kes keguguran, penyebab yang paling besar adalah disebabkan kelainan kromosom yang dimiliki oleh ibu bapanya, dan penyebab ini tercatat hingga sekitar 60%. Kelainan tersebut boleh terjadi kerana sel telur atau sperma pada saat proses persenyawaan adalah tidak baik. Terdapat juga penyebab lain seperti massalah perlengketan janin di dinding rahim, bentuk rahim yang tidak bagus, dan dinding rahim yang tipis. Keadaan rahim yang tipis disebabkan kerana kekurangan hormon estrogen atau rendahnya hormon progesteron. Dalam hal ini si ibu perlu meningkatkan kadar hormon estrogen dan hormon progesteron bagi meningkatkan ketebalan rahim. 


Cara Mengetahui Kandungan Lemah

1. Keluar Tompok Darah

Tidak semua tompok darah yang keluar pasti menjadi keguguran. Tetapi kehadiran tompok darah atau gumpalan darah menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak normal terhadap kesihatan janin dan juga rahim. Jika ini berlaku, jangan dibiarkan, sebaiknya lakukan pemeriksaan dengan doktor secepat mungkin untuk mengetahui keadaan rahim dan juga janin.

2. Berlaku Kontraksi Di Awal Kehamilan

Kontraksi adalah perkara yang semulajadi dan harus berlaku apabila sampai masa untuk melahirkan dan laluan kelahiran akan terbuka. Walau bagaimanapun, jika kontraksi berlaku pada masa yang tidak sesuai iaitu usia kandungan masih muda, kontraksi ini sangat berbahaya. Pembukaan laluan kelahiran pada masa yang salah membolehkan janin keluar dan menyebabkan keguguran.

3. Rutin Pemeriksaan Perlu Dilakukan

Untuk mengetahui keadaan janin, adalah sangat digalakkan untuk melakukan pemeriksaan rahim sekurang-kurangnya 1 kali dalam 1 bulan. Dengan peralatan canggih yang dikenali sebagai ultrasound, kita boleh mengetahui keadaan janin dan perkembangan serta pertumbuhan janin pada rahim. Dalam kebanyakan kes keguguran, biasanya ibu tidak menyedari risiko keguguran, antaranya mungkin terdapat masalah kelikatan darah pada ibu yang boleh menyebabkan aliran oksigen ke janin terganggu. Ini boleh menyebabkan janin tidak mendapat oksigen atau nutrien secukupnya. Melalui pemeriksaan ultrasound, kita boleh mengetahui keadaan janin sepenuhnya.

Tips Untuk Kuatkan Rahim

1. Perlu amalkan makanan yang segar dan cuba elakkan makanan yang diproses, kerana makanan yang diproses banyak mengandungi bahan kimia yang memudaratkan

2. Elakkan pemakanan yang bersifat tajam dan sejuk seperti asam jeruk, asam boi dan yang sepertinya

3. Amalan zikir dan doa yang boleh diamalkan bagi mengelak keguguran




4. Amalkan suplemen atau pemakanan tambahan bagi menguatkan rahim.


ESP Suplemen Yang Boleh Membantu Kuatkan Rahim Semasa Hamil


Energising Soy Protien (ESP) merupakan minuman protien yang lengkap dengan 9 asid amino yang sangat membantu dalam pembentukan sel. Protien merupakan makanan asas kepada sel-sel dalam badan kita. oleh itu protien sangat penting bagi memastikan sel kita sihat seterusnya memudahkan proses yang berkaitan pensenyawaan, pelekatan telur dan sebagainya.

Selain berfungsi membantu pembentukan sel baharu, ESP juga membantu membaiki sel-sel lama yang telah rosak. Rahim lemah adalah disebabkan sel-sel yang telah rosak dan ianya perlu dipulihkan dengan cepat bagi menampung kandungan dari keguguran. Pendarahan yang kerap dan banyak boleh meningkatan risiko keguguran.

Oleh itu ESP sangat dicadangkan kepada wanita hamil dan wanita yang bercadang untuk hamil. Selain itu ESP juga digalakkan bagi wanita yang mempunyai masalah kesuburan kerana terdapatLysine (asid amino) di dalam ESP yang berfungsi menghasilkan hormon dan mengawalnya.

Untuk kesan yang terbaik, anda juga disarankan untuk mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. InshaAllah, mudah-mudahan masalah rahim lemah anda dapat dirawat sepenuhnya.






Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang menghadapi masalah  seperti ini. Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829








Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

  1. Saya ada jga kua darah coklat...tpi doktor ckp tu normal.tpi sya x slalu mkn asam atau mnuman msam....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan