Posts

Showing posts from April, 2018

Tips Hilangkan Sunburn Dengan Cepat Dan Berkesan

Image
Selaran matahari atau lebih dikenali sebagai sunburn boleh berlaku kepada kulit anda sekiranya terdedah terlalu lama kepada sinaran cahaya matahari. Kulit bukan sahaja menjadi gelap, sedikit kemerah-merahan malah terasa pedih dan bengkak. Sunburn merupakan faktor risiko yang serius untuk mendapat kanser kulit. Jadi jangan pandang remeh perkara ini, jom baca tips hilangkan sunburn dengan cepat dan berkesan.   Sunburn ini walaupun nampak di kulit hanya kesan jangka pendek, namun ia tidak boleh diabaikan. Terutama sekali bagi mereka yang mempunyai kulit yang mudah atau cepat kemerah-merahan walaupun sekejap sahaja berada di bawah sinaran matahari. Pendedahan kepada sinaran matahari ini juga mempunyai banyak kesan negatif lain seperti proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat, pigmentasi  seperti jeragat malah lebih menakutkan ialah terkena kanser kulit. Tips Pencegahan Sunburn Beberapa tips pencegahan boleh diamalkan bagi mengelak kesan sunburn; 1. Hindari sinaran ma

Cara Atasi Jeragat Dengan Semulajadi Dan Berkesan

Image
Jeragat merupakan antara masalah popular yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang selain masalah jerawat. Walaupun ia bukan penyakit kulit yang berbahaya, tetapi jeragat turut memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu. Jom baca cara atasi jeragat dengan semulajadi dan berkesan. Apa Itu Jeragat ?  Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka terutamanya pipi, dahi, hidung dan sekitar mulut. Jeragat biasanya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal, dan ini akan menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. Pada asalnya, saiz jeragat hanyalah tompok-tompok kecil, namun lama kelamaan ia membesar dan kadangkala bercantum dengan yang lain sehingga memenuhi wajah.  Apa Punca Jeragat ? 1. Matahari Sinar matahari mengandungi UV A & B yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit. Kesan UV ini bukan sahaja boleh merosakan sel kulit, malah lebih parah boleh mengakibatkan kanser kulit.   2. Hormon Kehamilan Kebany

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Dengan Cepat Dan Berkesan

Image
Jerawat timbul masih lagi perkara biasa, tapi bila jerawat hilang, parut tak hilang dan lagi menyakitkan hati bila ianya jenis yang berlubang. Parut jerawat yang berkawah atau berlubang memang sukar untuk dipulihkan. Ia memang mengambil masa yang lama. Namun sebenarnya ia boleh di atasi dengan cepat sekiranya anda benar-benar berusaha dan menggunakan cara yang betul. Jadi, hari ini saya nak kongsikan cara hilangkannya dengan cepat dan berkesan.  Kebanyakkan orang cara paling mudah adalah dengan pemakaian makeup. Tapi tahukah anda, pemakaian makeup sebenarnya boleh menyebabkan masalah makin teruk. Makeup tebal-tebal sampai tak nampak parut, tapi sebenarnya kulit tak boleh bernafas dan jerawat timbul lagi. Jadi, baik rawat segera masalah parut berlubang tu dan tak perlu lagi makeup tebal-tebal. Biarlah natural beauty gitu. Rawat Parut Jerawat Berlubang Dengan Supplemen Semulajadi 1. Protein ESP Pengambilan protein seperti ESP sangat membantu menghilangkan parut jer