Cara Rawat Sakit Tumit Dengan Cepat Dan Berkesan

Sakit tumit bukan sahaja dihidapi oleh golongan berusia, golongan muda juga biasa mengalaminya. Sakit tumit juga dikenali sebagai 'Plantar Fascitis', ia merupakan bengkak atau radang yang berlaku pada tisu yang menyokong lengkungan kaki iaitu 'sascia'. Apakah punca berlakunya radang ini dan cara merawatnya dengan cepat dan berkesan.


Sakit tumit ini adalah sakit seperti terkena renjatan pada tapak kaki, terasa lemah dan amat sukar untuk melangkah dan ia sering menyerang pada waktu pagi apabila baru sahaja bangun dari tidur. Ini berlaku adalah disebabkan semasa waktu tidur, otot dibahagian tapak kaki dalam keadaan rehat. Otot di bahagian tapak kaki dan betis memendek semasa kita tidur atau berbaring, dan ia berada dalam keadaan tersebut selama beberapa jam. 

Sebaik sahaja kita memijak lantai apabila bangun dari tidur, beban dari berat badan menyebabkan otot pada tapak kaki tadi meregang dengan tiba-tiba. Ia menyebabkan tisu tersebut cedera dan mungkin terluka. Namun ada sebahagian mereka yang akan mula rasa lebih selesa dan berkurang sakitnya, apabila tisu tersebut mula meregang dengan elok. 

Golongan mereka yang sering mengalami sakit tumit dan tapak kaki ini ialah;

  • Wanita
  • Mereka yang berumur
  • Masalah berat badan
  • Mereka yang banyak melakukan aktiviti harian yang berat





Antara punca lain terjadinya sakit sakit tumit atau tapak kaki :
  • Kekurangan vitamin yang membantu untuk kesihatan tapak tumit serta sendi
  • Tekanan pada saraf di bahagian tapak kaki
  • Proses penuaan menyebabkan lapisan lemak dan tisu mula mengecut
  • Kecederaan tulang seperti retak
  • Berdiri terlalu lama
  • Aktiviti senaman yang berlebihan
  • Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.
  • Menghidap kencing manis
  • Memakai kasut yang tidak sesuai (terutama kasut tumit tinggi)
  • Gaya berjalan yang tidak normal


Tips Mengurangkan Sakit Tumit dan Tapak Kaki




Sakit tumit dan tapak kaki boleh berkurang dengan urutan dan ia mengambil sedikit masa untuk pulih disertakan dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan nutrisi. 


Anda boleh juga mencuba beberapa tips untuk mengelakkan masalah sakit tumit dan tapak kaki ini;
  • Memilih kasut yang selesa.
  • Merendam kaki dengan air suam bagi mengurangkan stress pada otot.
  • Tidak berjalan terlalu lama.
  • Lakukan regangan pada tapak kaki terutamanya pada waktu pagi supaya otot tidak terkejut.
  • Lakukan aktiviti riadah yang lebih ringan seperti berenang dan berbasikal.
  • Tinggikan kaki semasa tidur.
  • Tuam tapak kaki dengan air sejuk.
  • Memakai stokin untuk mengelakkan ketegangan pada urat dan otot kaki.
  • Menggunakan alat penyokong kaki bagi mengurangkan keradangan pada tumit dan tapak kaki.


Suplemen Shaklee Yang Dicadangkan Untuk Merawat Sakit Tumit Dan Tapak Kaki




OmegaGuard

  • Mengurangkaan rasa sakit dan keradangan pada tisu dan otot kaki yang sakit (anti-inflamation). Kekurangan Omega 3 menyebabkan keradangan pada bahagian sendi dan otot.
  • OmegaGuard merupakan sumber omega 3 yang terbaik.

OsteMatrix


  • Mengandungi kalsium dan magnesium yang baik untuk kekuatan tulang. 
  • Dilengkapi dengan vitamin D untuk penyerapan optimum. Diperlukan oleh orang tua dan orang yang jarang minum susu.
  • Mampu mengelak dari risiko tulang retak dan rapuh.


Vivix


  • Vivix mengandungi kandungan anti oksida yang tinggi, menghalang radikal bebas dari merosakkan sel tubuh.
  • Mengurangkan risiko pelbagai penyakit sekaligus meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh



Apakata kita lihat testimoni dari mereka yang telah mencuba suplemen Shaklee untuk masalah sakit tumit dan tapak kaki




DERITA SAKIT TUMIT BERAKHIR SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE
.

Nama saya Nadia Ezdanie Norazman, berumur 35 tahun dan saya adalah suri rumah sepenuh masa. Saya telah dikurniakan 2 orang cahaya mata.
.

Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi.
.

Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini.
.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.
.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu.
.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri.
.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.












Jangan berlengah lagi untuk merawat sakit tumit dan tapak kaki anda. Hubungi saya segera kerana saya benar-benar ingin membantu anda. 



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya