Simptom Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) Dan Cara Merawatnya

Anda biasa tak dengar penyakit Polycystic Ovary Syndrome atau PCOS ? Atau anda sendiri mengalaminya ? PCOS adalah sindrom yang menghantui wanita dewasa ini. Ia merupakan salah satu penyakit yang boleh menganggu kesuburan wanita. Kenali simptom-simptom PCOS sebelum ia menjadi lebih serius dan ketahui cara merawatnya.





Apakah Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)?


Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) adalah satu masalah di mana ia menyebabkan hormon wanita menjadi tidak seimbang. Selain ia boleh menyebabkan masalah haid yang tidak teratur dan membuat anda sukar untuk hamil,  PCOS juga boleh menyebabkan banyak perubahan yang tidak diingini. Jika ia tidak dirawat lebih awal, lama-kelamaan ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.

Ovari wanita menghasilkan hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Pada keadaan normal, ovari akan menghasilkan sedikit sahaja hormon androgen (hormon lelaki), tetapi bagi pesakit PCOS, mereka mempunyai lebih banyak hormon androgen. Kebanyakan pesakit PCOS akan ditumbuhi banyak cyst yang kecil-kecil pada ovari mereka. Cyst ini bukan sahaja membawa kepada ketidakseimbangan hormon, tetapi juga mungkin mengalami masalah `Insulin Resistance' yang akhirnya akan menyebabkan masalah diebetes mellitus.





Apakah tanda-tanda PCOS ?


Antara tanda-tanda yang biasa dialami oleh pesakit PCOS adalah;


1. Haid Yang Tidak Teratur


Tanda-tanda PCOS yang paling umum adalah kehadiran haid yang tidak teratur. Pada wanita normal, haid akan datang setiap bulan atau secara puratanya berlaku pada hari ke 28-30 kitarannya. Namun bagi pesakit PCOS, haid datang tidak menentu contohnya 3-5 bulan sekali, sekaligus keadaan ini membuatkan pesakit PCOS sukar untuk hamil.


2. Jerawat


Bagi wanita dewasa tumbuhnya jerawat mungkin juga disebabkan oleh ketikseimbangan hormon. Jerawat adalah salah satu tanda anda mungkin menghidap PCOS.


3. Kenaikan Berat Badan Dan Masalah Berat Badan


Kenaikan berat badan juga merupakan tanda-tanda PCOS. Kebanyakan wanita yang menderita PCOS (dianggarkan 4 dari 10 wanita yang menderita PCOS) mengalami kelebihan berat badan.


4. Tumbuh Rambut Pada Muka Dan Badan


Rambut atau bulu tumbuh pada dagu, dada, atas bibir dan tempat-tempat yang jarang ada pada seorang wanita merupakan salah satu tanda anda menghidapi PCOS. Ia terjadi akibat kelebihan hormon androgen (hormon lelaki).


5. Masalah Kesuburan


Ramai wanita yang mempunyai PCOS mempunyai masalah sukar untuk hamil (kemandulan).







Jika anda mengalami tanda-tanda PCOS segeralah berjumpa dengan doktor untuk mencegahnya lebih awal. Untuk merawat PCOS bukan  hanya dengan ubat-ubatan tetapi anda juga perlu mengubah gaya hidup yang lebih sihat. 


Ubah Gaya Hidup Sihat Untuk Rawatan Awal PCOS


1. Pemakanan Sihat dan Lakukan Senaman

Makan makanan yang seimbang iaitu dengan pengambilan  buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, dan produk tenusu yang rendah lemak. Makanan yang diambil hanya untuk membekalkan keperluan pemakanan badan, bukan untuk memenuhi keinginan anda. Dengan diet yang sihat membuatkan anda berasa lebih baik dan mempunyai lebih banyak tenaga. Lakukan aktiviti senaman secara teratur dan tetap adalah sangat penting. Pilih aktiviti yang bersesuaian dengan anda contohnya berjogging. 




2. Kawalan Berat Badan Dan Penurunan Berat Badan

Mempunyai berat badan yang sihat atau ideal adalah lebih baik kerana anda lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja dan bermain, selain itu ia dapat mengurangkan gejala PCOS. Antara gelaja PCOS yang dapat dikurangkan adalah risiko diabetes, tekanan darah tinggi (hipertensi), dan kolesterol tinggi. 



3. Jangan merokok

Wanita yang merokok mempunyai tahap androgen yang lebih tinggi daripada wanita yang tidak merokok, selain itu merokok boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.




4. Pengambilan Suplemen Phytoestrogens

Satu kajian yang dilakukan menunjukkan dengan pengambilan suplemen yang mengandungi phytoestrogens bagi wanita yang mengalami PCOS, dapat membantu mereka memperbaiki masalah penyakit metabolik yang mereka alami. Dalam kajian tersebut didapati pengambilan phytoestrogens memberi kesan positif kepada metabolism glucose and lipid (lemak), seterusnya memberikan kesan yang baik dan mengurangi masalah kesihatan dalam sistem kardiovaskular yang disebabkan oleh kegemukan, diabetes dan hyperlipidemia.



Suplemen Shaklee Boleh Membantu Pesakit PCOS



Kajian terbaru menunjukkan wanita yang mengalami PCOS adalah sangat terdedah kepada tekanan oksidatif berbanding wanita normal. Tekanan oksidatif merupakan satu keadaaan yang boleh menyebabkan peningkatan pengeluaran oksidan dalam sel akibat dari pembebasan radikal bebas. Pembebasan radikal bebas ini pula boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan atau penyakit termasuk kanser serta penuaan.

Tekanan oksidatif boleh menyebabkan banyak perkara seperti diet yang buruk, pencemaran, alkohol, ubat-ubatan, serta keradangan. Wanita PCOS juga mudah mengalami keradangan kronik, biasanya disebabkan oleh kegemukan kerana rintangan insulin.

Selain pengambilan makanan yang berkhasiat, bersenam, pengambilan suplemen yang tinggi dengan antioksida sangat membantu wanita PCOS untuk mengawal rintangan insulin, termasuk melindungi sel-sel badan dari kesan-kesan kerosakan pengoksidaan.

Suplemen Shaklee yang tinggi dengan antioksidan adalah Vivix, Carotomax, Vitamin C dan Vitamin E. Resveratrol yang terkandung di dalam Vivix merupakan powerful antioxidant yang mampu merawat dan memperbaiki sel dan DNA.











Testimoni

Jom kita lihat apa kata mereka yg telah mencuba vitamin Shaklee sebagai ikhtiar untuk masalah PCOS dan telah berjaya hamil. Syukur dengan ketentuan Allah.













Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah PCOS. Nak order atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya segera.

Klik di bawah untuk pembelian secara online.






Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....





Comments

  1. Kene amalkan cara hidup yang sihat sentiasa untuk elakkan masalah PCOS ni..

    Master Recognition Rally Pullman Putrajaya

    ReplyDelete
  2. Kena cek doktor lepas tu ikhtiar pelbagai cara

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya