Tips Atasi Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Berkesan

Bengkak susu lazim dialami oleh si ibu di awal berpantang. Rasa sangat sakit dan tidak selesa sehingga boleh menyebabkan si ibu demam dan sakit-sakit badan. Beberapa petua orang dulu-dulu boleh di amalkan bagi mengatasi masalah ini. Jom baca selanjutnya untuk ketahui dulu apa tanda dan puncanya sehingga terjadi masalah ini.    

Punca Bengkak Susu

Antara punca bengkak susu adalah disebabkan;
  • Kegagalan untuk mengosongkan payudara selepas penyusuan 
  • Bayi tidak melekap dengan baik pada payudara semasa penyusuan 
  • Menangguhkan penyusuan untuk tempoh masa yang agak lama di antara sela masa penyusuan 
  • Payudara menghasilkan terlalu banyak susu 
  • Pam susu yang tidak efektif 
  • Posisi tidur yang tidak betul 
  • Memakai bra yang ketat 
  • Memakai apa-apa yang meletakkan tekanan kepada payudara dalam tempoh masa yang lama seperti backpack atau talipinggang keledar. 
  • Terdapat tompokan putih di puting payudara yang menganggu aliran susu keluar
Antara tanda anda alami bengkak susu ialah mengalami rasa sakit, sedikit panas, keras dan bengkak serta terdapat benjolan pada payudara. Selain itu payudara anda mungkin melecet atau luka kesan dari lekapan mulut bayi yang tidak betul dan bayi kelihatan tidak kenyang walaupun telah menyusu dengan kerap. 


Tips Atasi Bengkak Susu

1. Tuaman

Semasa payudara mula berasa sakit dan bengkak, cuba lakukan tuaman pada payudara anda. Tuaman boleh dilakukan dalam beberapa cara samada dengan menggunakan pek air panas, tuala yang di rendam dengan air suam sedikit panas atau mandian shower air suam. Cara ini boleh membantu melancarkan aliran susu seterusnya mengatasi bengkak susu. 



2. Urutan

Lakukan urutan secara perlahan dengan menggunakan 4 jari anda dari atas dada ke puting. Lakukan pula pada sekeling payudara, terutamanya semasa anda mengepam atau menyusukan bayi. Selain dengan jari, sikat juga boleh digunakan untuk mengurut payudara yang membengkak. Caranya anda perlu sikat perlahan-lahan payudara dari atas ke arah puting, dan dari bawah ke arah puting. Lakukan sekeling payudara secara berulang-ulang. InshaAllah aliran susu akan lancar semula.


3. Kobis Sejuk

Petua kobis sejuk ni memang amat popular, caranya hanya letakkan sekelopak kobis sejuk di atas payudara yang membengkak. Biarkan lama sikit, payudara yang sakit dan membengkak akan beransur-ansur lega. Namun cara ini tidak boleh diamalkan selalu kerana ia boleh mengakibatkan pengeluaran susu terjejas. 


4. Daun Sirih Dan Minyak Zaitun

Ambil beberapa helai daun sirih yang disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara semasa daun agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit akibat bengkak.



5. Pam Susu

Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.


6. Halba

Rendam lebih kurang sesudu halba di dalam air, setelah agak lembut, halba tadi ditumbuk. Kemudian Tampalkannya pada payudara yang sedang membengkak.



Lecithin Shaklee Boleh Membantu Menyelesaikan Masalah Bengkak Susu Dengan Cepat Dan Berkesan






Lecithin merupakan emulsier atau pemecah lemak semulajadi dimana ia juga berfungsi untuk membersihkan saluran darah dan mencairkan lemak. Oleh kerana itu ianya amat disyorkan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah bengkak susu. InshaAllah, aliran susu yang tersumbat tadi lebih mudah mengalir dan bengkak susu dapat di atasi.


Dos yang disyorkan untuk ibu-ibu yang mengalami bengkak susu yang serius adalah 3600-4800 mg lecithin sehari. Kandungan Lecithin Shaklee adalah 520mg/kapsul. Oleh itu, dicadangkan pengambilan sebanyak 7-9 biji Lecithin sehari. Selepas bengkak susu dapat di atasi, pengambilan Lecithin boleh diteruskan dengan dos yang biasa iaitu 6 biji sehari bagi tujuan penjagaan kesihatan, menguatkan ingatan dan penurunan berat badan yang ideal.





Untuk lebih sihat dan bertenaga semasa berpantang, anda juga disarankan untuk mengamalkan Set Berpantang Shaklee. InshaAllah, mudah-mudahan anda dapat menikmati masa berpantang dengan moment indah bersama si kecil anda.



Testimoni






Semoga perkongsian saya ini dapat memberi manfaat kepada anda yang sedang menghadapi masalah  bengkak susu. Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829








Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....

Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya