Tips Luka Bersalin Ceaser Cepat Sembuh

Walaupun kebanyakkan wanita yang hamil sebolehnya memilih untuk bersalin secara normal, namun disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan memaksa mereka bersalin secara ceaserean. Mereka yang telah melaluinya mungkin sudah tahu bagaimana cara untuk menjaga dan menguruskan luka ceaser agar cepat sembuh, bagi mereka yang pertama kali, mungkin tips ini boleh membantu anda untuk lebih bersedia.

Sebelum saya kongsikan beberapa tips untuk penjagaan luka ceaser, kita lihat dulu risiko yang mungkin anda alami selepas pembedahan ceaser, antaranya ialah;

1. Kesakitan

Keburukan utama pembedahan ceaserean adalah kesakitan selepas pembedahan. Rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut akan anda alami selama beberapa minggu selepas pembedahan. Walaupun diberi ubat tahan sakit, tetapi ia masih menganggu aktiviti harian semasa berpantang untuk beberapa ketika.

2. Jangkitan

Sebelum pembedahan dimulakan, satu dos antibiotik akan diberikan kepada anda untuk menghalang jangkitan. Namun kira-kira lapan peratus wanita masih mengalami jangkitan selepas pembedahan. Tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian adalah; jangkitan pada luka pembedahan, jangkitan pada lapisan uterus (rahim) dan jangkitan pada salur kencing. 


3. Darah Beku

Mana-mana jenis pembedahan memang boleh meningkatkan risiko mengalami darah beku. Ia boleh menjadi lebih serius jika pembekuan berlaku pada paru-paru dan ia boleh menyebabkan kematian. Antara simptomnya adalah sesak nafas, batuk dan sakit pada betis atau berlaku pembengkakan pada betis. Jika keadaan ini berlaku segeralah berjumpa doktor.

4. Lekatan

Seperti pembedahan lain dibahagian perut atau pelvis, ceaserean juga berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Lekatan boleh menyakitkan kerana ia membataskan pergerakan organ-organ dalaman. 


5. Komplikasi Lain

Komplikasi lain termasuk kecederaan pada pundi kencing, kecederaan pada tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kencing, atau kepada usus besar.


Tips Luka Bersalin Ceaser Cepat Sembuh

1. Sentiasa Kering

Kena sentiasa pastikan bahagian luka sentiasa kering. Semasa mandi mungkin anda boleh menutup bahagian luka dengan plastik untuk mengelak dari terkena air . Walaupun terpaksa bersusah-susah, namun tips ini diantaranya yang akan menyebabkan luka anda cepat sembuh. 

2. Amalkan Pemakanan Yang Berkhasiat

Pemakanan berkhasiat semasa berpantang amat penting bagi kesihatan ibu dan juga bayi. Selain itu pemakanan yang sihat juga membantu dalam penyembuhan luka bersalin. Amalkan sayur-sayuran dan buah-buahan untuk khasiat multivitamin serta dapat mengelak dari masalah sembelit.

3. Tidak Digalakkan Penggunaan Ubat Sembarangan

Pengunaan ubat sapu atau sebarang ubat tradisional tidak digalakkan pada bahagian luka pembedahan. Ini kerana ia boleh mengganggu pencantuman semula kulit.

4. Amalkan Vitamin C 

Vitamin C membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi sekiranya anda ingin luka cepat sembuh, ambil lebih vitamin C melalui buah-buahan. Lebih senang dengan pengambilan tablet vitamin C

5. Tidak Mengangkat Benda Berat

Mengangkat benda berat akan menyebabkan tekanan pada bahagian perut dan menyebabkan rasa sakit dan perit pada bahagian luka. Tekanan dari mengangkat benda-benda berat, boleh memyebabkan risiko luka pembedahan terbuka semula.

6. Sapu Dengan Vitamin E

Selepas luka betul-betul sembuh dan bercantum, anda boleh sapukan dengan vitamin E bagi mengurangkan parut.

7. Amalkan Supplemen

Banyak testimoni yang membuktikan pengambilan supplemen yang tinggi dengan antioksida sangat membantu penyembuhan luka ceaserean. Supplemen yang dicadangkan adalah Vivix dari Shaklee.









Bagaimana Vivix Membantu Luka Ceaser Cepat Sembuh 

Vivix mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan resveratrol yang berfungsi melindungi dan membaiki sel dan DNA. Apabila sel berada dalam keadaan sihat, fungsi badan turut berada dalam keadaan baik, ini membolehkan penyembuhan luka berlaku dengan cepat.

Selain itu Vivix juga membantu dengan biogenesis mitokondria atau pusat janakuasa tenaga. Mitokondria berfungsi untuk menghasilkan tenaga. Apabila semakin banyak mitokondria terhasil, maka semakin banyak tenaga terhasil, seterusnya semakin badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Khasiat ini membuatkan ibu selepas bersalin bertenaga untuk menguruskan bayi yang baru lahir dan sentiasa sihat.

Selain dari Vivix, anda juga disarankan untuk mengamalkan Set Berpantang Shaklee. InshaAllah, mudah-mudahan anda dapat menikmati masa berpantang dengan moment indah bersama si kecil anda.


Jom tonton video testimoni dari Puan Shuhaida yang mengamalkan Vivix untuk penyembuhan luka ceasernya.



Jika anda juga berminat dan mahu merasakan keberkesanan produk Shaklee, boleh hubungi saya. Anda juga layak mendapat konsultasi ekslusif. Jadi tunggu apa lagi ? Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....



Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan