Resipi Smoothies Yang Mudah Dan Berkhasiat Untuk Bersahur

Bagi yang inginkan kelainan semasa bersahur anda boleh mencuba minuman smoothies, kerana ia adalah minuman yang sedap dan berkhasiat malah mengenyangkan. Entri pada kali ini saya nak berkongsi resipi smoothies untuk bersahur yang sangat mudah hanya mengambil masa 5 minit untuk disediakan. Jom cuba...







Minuman smoothies memberikan anda serat semulajadi untuk memastikan penghadaman yang bagus disamping membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Paling penting ia sejenis minuman yang membantu anda dari dehidrasi lebih awal.


Minuman smoothies mengandungi protein kerana buah-buahan atau sayuran akan dikisar bersama susu, yogurt dan oat untuk membantu anda rasa kenyang lebih lama. 


Untuk memudahkan anda, sediakan duhulu buah-buahan dan sayuran bersama oat dan sebagainya di dalam paket-paket kecil dan disimpan di dalam peti ais sejuk beku. Bila anda mahu menikmatinya, cuma keluarkan dari peti ais sejuk beku dan kisarkan.



1. Smoothies Avocado






Bahan-Bahannya :


  • 1/2 biji Avocado
  • 1 cawan nenas di potong dadu
  • 1 cawan daun kale atau bayam
  • 200ml susu rendah lemak
  • beberapa ketul ais

Nak buat sangatlah mudah, cuma kisarkan semua bahan dan boleh terus minum. Rasanya memang fresh. 




2. Smoothies Hijau




Untuk membuang toksin di dalam badan smoothies hijau adalah antara pilihan yang terbaik, dipenuhi dengan khasiat sayur sayuran dan juga vitamin dari buah-buahan.

 

Bahan-Bahannya:


  • 1 cawan sayur samada kale,  bayam, batang saderi atau timun, ia mengikut selera anda
  • 1 biji epal hijau
  • 1 biji pisang
  • 1/2 biji Avocado
  • 1/2 cawan daun parsli
  • 2 cawan air kosong
  • 1/2 air lemon atau pun limau nipis

Kisarkan semua bahan sampai sebati dan boleh terus minum.


3. Smoothies Blueberry Bersama Pisang







Bahan-Bahannya:


  • 2 cawan blueberry beku
  • 1 ulas pisang
  • 1 cawan blueberry yogurt Yunani
  • 1/2 cawan susu
  • Ais kiub jika diperlukan


Letakkan blueberry, pisang, yogurt dan susu dalam mesin pengisar. Kisar sehingga sebati. Siap, segera dihidangkan. 



4. Smoothie Kurma






Bahan-Bahannya:


  • 10 biji kurma segar yang telah dibuang bijinya
  • 200 ml yogurt plain
  • 100 ml susu cair
  • 50 ml madu
  • Ais batu secukupnya

Masukkan semua bahan ke dalam mesin pengisar. Kisar sebati. 

5. Smoothie Pisang Bersama Krim



Bahan-Bahannya:


  • 1 cawan almond milk tanpa gula, sejuk
  • Setengah pisang beku
  • 1 sudu vanilla protein powder
  • 1 sudu besar banana pudding mix tanpa gula
  • 1 sudu besar coconut flakes tanpa gula
  • 1 (5.3 oz.) yogurt pisang Yunani (vanilla atau plain boleh juga)
  • Untuk topping, fat vanilla wafers – ikut suka anda



Campurkan semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar selama 45 saat atau satu minit. Atau lebih senang sehingga semuanya sebati. Untuk topping, anda boleh letak cool whip ataupun vanilla wafers, ikut suka.





6. Smoothie Buah Ceri & Lemon  









Bahan-Bahannya:


  • 1 cawan susu
  • 1 cawan ceri beku
  • 1 ulas pisang masak
  • 1-2 sudu teh madu
  • Jus dan parutan kulit dari sebiji lemon
  • 1 cawan ais

Satukan kesemuanya dalam mesin pengisar. Kisar sehingga tiada lagi ketulan ais.


7.  Smoothie Dark Chocolate Bersama Strawberi






Bahan-Bahannya:


  • 3/4 cawan almond milk (coconut milk, skim milk juga boleh)
  • Setengah pisang
  • 1 cawan strawberi beku
  • 1/4 cawan yogurt Yunani (plain, strawberi, vanilla)
  • 3 sudu kecil serbuk koko
  • 1 sudu besar madu (pilihan, jika anda lebih suka smoothie anda tidak manis, jangan letakkan madu)
  • Coklat chip mini untuk hiasan (pilihan)

Letakkan ke semua bahan-bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati. Hias dengan coklat cip.


8. Smoothie Mango







Bahan-Bahannya:


  • 1/4 cawan yogurt Yunani
  • 3/4 cawan susu
  • 1/2 pisang yang dibekukan
  • 1 cawan frozen mango

Letakkan semua bahan dalam pengisar.


9. Smoothie Beri





Bahan-Bahannya:


  • 1 biji pisang
  • 1 Cup Blueberries
  • 1 Cup Raspberries
  • 1 Cup Orange Juice
  • ½ Cup Greek Yogurt/Frozen Yogurt

Kesemua bahan dikisar. Sedia diminum. 

10. Smoothie Avokado Bersama Tembikai Susu



Bahan-Bahannya:


  • Sebiji buah avokado segar
  • 1 cawan ketulan tembikai susu (kira-kira 1 slice)
  • 1 ½ sudu kecil jus limau/lemon
  • 1 cawan (8 oz) susu bebas lemak
  • 1 cawan yogurt bebas lemak
  • 1/2 cawan jus epal atau jus anggur putih
  • 1 sudu besar madu

Ambil sebiji buah avokado, buang kulit, potong kecil-kecil dan masuk ke dala mesin pengisar. Campurkan kesemua bahan tadi.




ESP, Mealshakes Dan Cinch Shake Mix


Untuk rasa kenyang lebih lama, anda boleh tambahkan ESP, Mealshakes atau Cinch Shake Mix dari Shaklee sebagai protein tambahan. Rasanya pasti lebih sedap dan berkhasiat. 









Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya