Tips Mengatasi Gastrik Ketika Berpuasa

Bulan Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam di Malaysia dan seluruh dunia. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, ia bagaikan satu cabaran yang amat besar. Ikuti tips untuk mengatasi gastrik dan pengambilan makanan yang boleh mengurangkan masalah ini.


Gastrik Bukan Penghalang Untuk Anda Berpuasa


Gastrik biasanya digunakan untuk menggambarkan kesakitan atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen. Secara umumnya gastrik boleh dibahagiakan kepada 2 jenis iaitu gastritis dimana boleh menyebabkan keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut. Kedua ialah ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam dan lebih teruk berbanding gastritis. Menurut kajian 80% penyebab gastrik adalah disebabkan oleh sejenis bakteria yang hidup di dalam lapisan mukus perut iaitu Helicobacter pylori (H. pylori).

Sesetengah kajian mengatakan berpuasa adalah salah satu cara terbaik untuk melindungi perut dari masalah gastrik. Caranya hanyalah dengan menjaga pemakanan dan menepati masa pengambilan. Individu yang mempunyai gastrik sepatutnya boleh menjalankan ibadah puasa jika mengamalkan kaedah yang disarankan oleh agama dan pakar pemakanan iaitu melambatkan sahur dan tidak melengahkan waktu berbuka serta berbuka dengan sederhana. 





Tips Untuk Mengatasi Gastrik Ketika Berpuasa 

Perkara asas untuk mengatasi gastrik ialah dengan pengambilan makanan yang lebih alkali berbanding asid. Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu mengatasi gastrik ketika berpuasa.


1. Menu berbuka yang sederhana tetapi sihat dan memberi tenaga

Mulakan berbuka dengan memakan kurma dan buah-buahan yg kurang berasid. Sangat digalakkan dengan meminum air kosong. Boleh juga dengan pengambilan makanan seperti sup dan manisan. 

Setelah menunaikan solat, barulah digalakkan untuk pengambilan makanan yang lebih berat seperti nasi dan lain lain. Ambil makanan yang lebih beralkali seperti brokoli, kubis dan sayuran hijau.



2. Makan sedikit tetapi kerap

Individu yang mempunyai gastrik tidak digalakkan mengambil makanan secara berlebihan sebaliknya sedikit-sedikit tetapi kerap. Cara ini boleh mengelakkan asid perut dirembeskan secara mengejut dan dapat mengawal paras gula dalam darah semasa proses metabolisma. 




3. Elakkan pengambilan kaffein semasa berbuka

Pengambilan kaffein yang bersifat diuretik boleh menyebabkan hidrasi pada tubuh. Selain itu ia merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kalenjar jus gastrik menjadi lebih aktif.



4. Elakkan pengambilan makanan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut

Makanan yang tinggi lemak, pedas, masam, berempah dan berminyak perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan sistem pencernaan makanan. Kebanyakkan mereka yang mengambil makanan seperti ini akan mengalami sakit perut selepas berbuka.



5. Segerakan berbuka dan melewatkan sahur.  

Amalan yang disuruh dalam sunnah Rasullullah s.a.w pasti mempunyai hikmah tertentu. Amalan melewatkan sahur dapat mengurangkan rasa lapar, dahaga serta keletihan sepanjang berpuasa di siang hari. Amalan tidak melengahkan berbuka pula dapat mengelakkan rasa lapar, dahaga dan keletihan berterusan. Selain itu tidak digalakkan tidur selepas bersahur kerana aktiviti penghadaman boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit di ulu hati.



   


Apa Kata Mereka Tentang Suplemen Shaklee


Jom lihat video dari salah seorang penghidap gastrik yang kronik dan telah pulih asbab pengambilan vitamin dari Shaklee




Saya berharap dengan perkongsian video di atas dapat memberi keyakinan kepada anda untuk mencuba suplemen dari Shaklee

Sebagai satu ikhtiar, anda boleh mengambil suplemen berikut untuk mengatasi masalah gastrik anda.


B-Complex



B Complex bertindak sebagai penenang sekaligus dapat mengatasi tekanan yang dihadapi oleh pesakit gastrik. Selain itu boleh mengurangkan kelesuan semasa berpuasa disamping fungsi lain iaitu menbantu memelihara kesihatan yang baik.


Ostematrix



Pesakit gastrik digalakkan mengambil susu atau kalsium kerana ianya bersifat alkali. Jadi Ostematrix yang bersifat alkali ini boleh membantu meneutralkan asid yang telah memasuki kawasan esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.


Energizing Soy Energy (ESP)




Esp merupakan sumber protein yang tinggi dengan sifat alkalinya dapat membantu meneutralkan asid di dalam perut. Protein juga membantu membina sel-sel yang baru dengan mengantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dari hakisan asid hidroklorik semasa proses pencernaan.


Peppermint Ginger Plus




Membantu membuang angin dalam badan. Mengandungi herba pudina asli, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk melegakan ketidakselesaan perut. 

Semoga ibadah puasa kita pada tahun ini dan akan datang bertambah baik dan sempurna. Bersama-sama kita berusaha mengatasi masalah gastrik agar ia tidak menjadi sebab untuk kita tidak melakukan ibadah puasa ini. InsyaAllah. 



Set Ramadhan



Selain dapat mengatasi gastrik ketika berpuasa, set ini juga membantu membekalkan tenaga dan kecergasan sepanjang hari berpuasa. Antara fungsi lain ialah mengekalkan hidrasi, meningkatkan metabolisme, memecahkan lemak serta mengawal selera makan. Dengan set ini, anda mendapat bonus lain iaitu boleh mengurangkan berat badan disamping bertenaga dan tiada masalah gastrik lagi. 


Testimoni











Anda pula bagaimana ?

Hubungi lah saya segera, kerana saya benar-benar ingin membantu anda diluar sana. 

Jadi tunggu apa lagi ? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.





Klik untuk Whatsapp saya



Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829

Email : lailyishak79@gmail.com



Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya