Tips Atasi Sembelit Anak Dengan Semulajadi

Anda ada anak-anak yang mengalami sembelit ? Jika ada, sebaiknya cari cara penyelesaiannya. Sembelit adalah gangguan pada pencernaan yang turut dihadapi oleh kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit akan sukar dan kurang membuang air besar. Entri kali ini saya kongsikan tips untuk mengatasi sembelit anak dengan suplemen semulajadi.



Sembelit ataupun dalam bahasa yang mudahnya ialah kesukaran untuk membuang air besar. Di dalam Bahasa Inggeris pula ia disebut "constipation". Sembelit bukanlah satu penyakit, ia hanyalah satu gejala. Sembelit adalah bersifat sementara dan bukanlah masalah yang serius, namun sebagai ibu-bapa ia tetap mengundang rasa bimbang terhadap kesihatan anak.

Dari sudut perubatan seseorang itu dikatakan sembelit apabila membuang air besar kurang dari 3 kali seminggu atau tidak membuang air besar lebih dari 2 hari.


Punca Sembelit Di Kalangan Kanak-Kanak


1. Kurang Pengambilan Serat Dalam Makanan Harian

Serat boleh didapati di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Adalah perkara biasa jika anak anda kurang meminati makanan yang mempunyai serat. Namun anda mesti cuba melatih mereka atau cuba pelbagaikannya supaya mereka mengemarinya.



2. Kurang Minum Air

Air sangat penting bagi memudahkan kelancaran atau pergerakan najis dalam usus. Tidak semestinya anda memberikan anak anda air kosong, anda boleh pelbagaikan dengan memberikan anak anda jus buah-buahan.



3. Makanan Segera

Makanan yang mengandungi banyak lemak dan berminyak seperti burger dan kentang goreng juga makanan yang ada kandungan gula yang banyak boleh menyebabkan mereka mengalami sembelit. Lebih baik elakkan makanan seperti ini.   



4. Peralihan Kepada Susu Formula

Bagi bayi sembelit mungkin berlaku apabila adanya peralihan dari susu ibu kepada susu fomula yang mana susu formula sukar untuk dihadam dan diserap ke dalam usus berbanding susu ibu.


5. Peralihan Kepada Makanan Pejal (Solid Food)

Peralihan dari makanan bayi kepada makanan pejal hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur 6 bulan ke atas, ini kerana usus bayi yang belum matang tidak dapat berfungsi dengan baik.


6. Ubat-ubatan

Pengambilan ubat untuk merawat kekurangan zink boleh mendorong kepada sembelit.


Adalah perkara biasa kanak-kanak cenderung untuk mengelak pergi ke bilik air walaupun mereka benar-benar ada desakan untuk berbuat demikian. Keadaan ini mungkin disebabkan mereka leka bermain permainan yang menyeronokkan atau tidak mahu menggunakan tandas awam.

Tekanan juga boleh menjadi penyebab sembelit di kalangan kanak-kanak. Apabila mereka cemas tentang sesuatu seperti permulaan untuk ke sekolah baru dan adanya masalah di rumah. Kajian telah membuktikan bahawa kecelaruan emosi boleh memberi kesan kepada usus untuk tidak berfungsi dengan baik dan boleh menyebabkan sembelit serta masalah lain seperti cirit-birit.



Tips Atasi Sembelit Secara Semulajadi Untuk Bayi Dan Kanak-kanak


Baringkan bayi anda dan tetapkan kaki ke atas. Kemudian cuba gerakkan kaki anak anda seolah-olah sedang mengayuh basikal di udara. Tujuannya adalah untuk merangsang pergerakan usus di dalam badan jika anak anda berusia 6 bulan ke atas dan minum susu formula, berikan separuh pepejal seperti lobak yang dikisar secara segar. Ini akan menambah kandungan serat dalam pemakanan mereka dan membantu membuang najis dengan mudah.

Kanak-kanak yang berumur satu tahun ke atas boleh diberikan air buah-buahan seperti jus betik dan air suam. Jus betik dipercayai mengandungi serat yang tinggi.



Mealshakes Shaklee Boleh Membantu Masalah Sembelit Anak Anda




Bagi mengatasi masalah sembelit anak anda, saya cadangkan anda berikan anak anda mealshakes kerana ia kaya dengan serat (fiber) larut yang penting untuk mengatasi masalah sembelit dengan membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut usus.

Adakah fiber sahaja yang boleh membantu anak anda yang ada masalah sembelit ? Jawapannya TIDAK. Ini kerana dalam Mealshakes juga mengandungi MAGNESIUM yang boleh membantu masalah sembelit.

Jadi, bagaimana pula Magnesium Membantu Masalah Sembelit Anak Anda ?

Magnesium ini membantu menenangkan otot usus yang boleh melancarkan pembuangan. Magnesium juga membantu meningkatkan jumlah air dalam kolon yang boleh melembutkan najis seterusnya memudahkan pembuangan.

Dan berita baiknya magnesium ini juga terdapat dalam Mealshakes.





Jom tonton video di bawah ini kisah menyayat hati seorang ibu yang anaknya sembelit teruk. Sembelit yang sangat teruk sampai suaminya kena standby nak seluk tangan untuk tolong keluarkan najis.





Testimoni












Jangan berlengah lagi untuk dapatkan mealshakes bagi mengatasi masalah sembelit anak anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda. Hubungi saya segera kerana saya benar-benar ingin membantu anda. 



Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....




Comments

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya