Siapa Pemilik Blog Preciousvitaminbylaily

Assalamualaikum w.b.t 

Nama saya Nurulaily binti Ishak. Ibu kepada 3 orang cahaya mata iaitu Muhammad Nazif bin Muhammad Zamani, Nur Zahirah binti Muhammad Zamani dan Nur Zarifah Sofea binti Muhammad Zamani. Sayalah surihati Muhammad Zamani bin Tamrin. Seorang surirumah dan pengedar Shaklee sepenuh masa. Alhamdulillah dipertemukan dengan Shaklee selepas menjalani operation membuang cyst pada 2012. Pada asalnya saya juga seperti pengedar-pengedar yang lain, mencuba Shaklee untuk diri sendiri. Kerana manfaat dan kebaikan yang saya perolehi daripada produk-produk Shaklee, saya mula berkongsi kebaikannya bersama rakan-rakan, saudara-mara dan kenalan. Pada Januari 2017, saya menjadi pengedar produk Shaklee yang sah dan ingin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan ramai pengguna-pengguna di luar sana. 






Berasal dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah, tetapi telah menetap di Selangor sejak tahun 2002 lagi. Anak pertama dari empat orang adik beradik, saya yang sulung dan saya juga tunggal perempuan, maknanya saya tidak ada adik beradik perempuan yang lain.

Lulusan Advanced Diploma dalam bidang Automated System and Maintenance Technology. Pernah bekerja sebagai Design Engineer di beberapa buah syarikat swasta. Saya memang tidak ada pengetahuan dalam bidang ubat ubatan, vitamin dan supplemen, tetapi sejak menjadi pengedar sah Shaklee ini, saya mula berminat dan banyak belajar dari bahan bacaan, upline serta senior senior yang banyak pengalaman dalam bidang ini. Pendek kata saya banyak berubah ke arah hidup yang lebih sihat sambil menjana income. Paling penting niat saya nak membantu mereka diluar sana untuk sihat dan tahu keistimewaan produk shaklee ini. Semoga apa yang saya impikan ini menjadi kenyataan. Doakan saya.


Kawasan COD : Port Klang-Pandamaran-Kg Raja Uda-Bukit Tinggi Klang-Telok Gong-Sungai Udang-Klang-Shah Alam

Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829





Comments

  1. Tahniah Puan Laily dah ada blog untuk coretan peribadi :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya