Tips Hilangkan Jerawat Dan Parutnya Dengan Berkesan

Tiada siapa yang suka bila jerawat mula tumbuh di muka kan..? Jerawat bukan hanya boleh tumbuh di muka, tetapi di beberapa bahagian tubuh seperti leher, belakang badan, punggung dan dada. Lebih parah lagi jika jerawat ini berserta nanah, besar dan meninggalkan parut. Bila muka terutamanya ditumbuhi jerawat yang besar dan banyak, ia seperti ganguan atau keyakinan diri mula terjejas. Ikuti beberapa tips untuk menghilangkan jerawat dan parutnya dengan berkesan. 






Tips Elak Jerawat Tumbuh

Berikut merupakan beberapa tips penjagaan muka untuk mengelak dari ditumbuhi jerawat.


1. Pastikan Wajah Sentiasa Bersih

Adalah sangat penting untuk mencuci muka dua kali sehari untuk membuang segala kekotoran, sel-sel kulit mati, dan minyak dari permukaan kulit. Gunakan air suam dan pencuci muka yang lembut. Elakkan dari mengunakan sabun yang ada bahan kimia kerana akan menyebabkan kulit luka dan iritasi. Elakkan dari menyental kulit muka dengan kain tuala yang kasar sebaliknya gunakan tuala yang lembut atau lebih mudah dengan tangan sahaja. Bilas dengan sempurna, kemudian keringkan muka dengan tuala yang lembut dan kering.

2. Gunakan Pelembap

Penggunaan pelembap sangat penting untuk mengurangkan kekeringan dan kulit mengelupas. Pastikan ada "noncomedogenic" pada label, bermakna ia tidak akan menyebabkan jerawat. 


3. Cuba Produk Jerawat Dari Farmasi

Boleh cuba produk dari farmasi, biasanya produk-produk ini dibuat dari bahan-bahan seperti peroksida benzoyl, asid salisilik, asid Glycolic, atau asid laktik yang membantu menghalang bakteria dan mengelakkan dari kekeringan kulit. Oleskan pada wajah dengan kauntiti yang sedikit dahulu kerana ia boleh menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. Satu lagi pilihan ialah OTC retinoid topikal gel baru. Ia benar-benar berfungsi untuk meghalang jerawat. Namun tidak digalakkan pada mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.


4. Penggunaan Alat Solek

Pastikan muka dibasuh dan dibersihkan selepas penggunaan alat solek. Pilihlah kosmetik yang bebas minyak tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia. Pilih juga yang dilebalkan 'noncomedogenic'. Elakkan dari pemakaian bedak kompak kerana ia boleh menyebabkan liang pori tersumbat.


5. Pemakaian Bahan Lain Di Rambut 

Pemakaian wangian, gel dan bahan kimia pada rambut boleh membuatkan ia menitis ke muka dan menyebabkan liang pori tersumbat. Gunakan syampu dan perapi yang lembut. Selalu cuci rambut kerana rambut yang berminyak juga boleh menyebabkan muka berminyak dan berjerawat.

6. Hindarkan Dari Selalu Menyentuh Muka

Tangan yang kotor boleh menyebarkan bakteria di muka dan menyebabkan kerengsaan. Elakkan dari selalu memicit jerawat kerana akan merangsangkan pertumbuhan jerawat yang banyak.

7. Elak Dari Sinar Matahari Langsung 

Sinar ultraviolet boleh menyebabkan keradangan pada kulit wajah. Kurangkan aktiviti diluar dan selalulah gunakan krim pelindung matahari yang berbentuk losyen untuk merawat keradangan, selain ia lebih ringan dan sesuai dengan kulit berjerawat.

8. Pemakanan Yang Seimbang Dapat Mencegah Jerawat

Elakkan dari pemakanan yang boleh menyebabkan jerawat seperti makanan yang banyak minyak dan berlemak, sebaliknya amalkan makan buah-buahan segar dan sayur-sayuran.


9. Senaman 

Senaman adalah baik untuk seluruh badan termasuk kulit. Bersenam boleh menghilangkan stress dan boleh meningkatkan aliran darah seluruh badan. Semasa bersenam, pakai pakaian yang boleh menyerap peluh. Jika peluh tidak diserap dengan baik, akan menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan sekaligus menyebabkan jerawat tumbuh.

10. Elak Tekanan

Beberapa kajian mendapati mental dan emosi mempengaruhi kesihatan termasuk kulit. Tekanan emosi boleh mengalakkan pertumbuhan jerawat. Oleh itu cuba hindari tekanan dan selesaikan masalah dengan cara yang betul.

5 Cara Menghilangkan Jerawat


1. Jus Lemon Segar



Jus lemon mempunyai sifat pemutih kulit yang semulajadi dan boleh membantu memudarkan parut jerawat dengan berkesan. Caranya, campurkan jus lemon dan air dalam nisbah 1:1, kemudian ratakan pada jerawat dan parut jerawat. Cuba elakkan kawasan yang tidak terjejas. Cuci muka anda selepas 15 hingga 25 minit atau anda boleh biarkan jus lemon semalaman sebagai masker.

Gunakan pelembap serta-merta selepas membersihkan sisa jus lemon, ini kerana jus lemon mengandungi asid sitrik yang boleh mengakibatkan kulit terlalu kering. Anda juga boleh menggunakan jus limau nipis sebagai ganti jus lemon. Oleh kerana jus lemon mempunyai pH 2 sedangkan pH kulit anda adalah antara 4 hingga 7, anda haruslah berhati-hati menggunakan kaedah ini. Jika dibiarkan terlalu lama atau tidak dicairkan dengan air boleh mengakibatkan rengsaan pada kulit.

Citrus jus juga mengandungi bahan kimia yang dipanggil bergapten, yang mengikat kepada DNA dan membolehkan sinaran UV merosakkan kulit dengan lebih mudah. Jadi, bersihkan masker lemon anda sebelum anda keluar dari rumah dan gunalah krim pelindung matahari.



2. Baking Soda

Baking soda boleh digunakan untuk penggelupasan kulit dan mengurangkan parut jerawat. Anda hanya perlu campurkan satu 1 teh baking soda dan 2 sudu teh air untuk membentuk pes cecair. Sapukan pes ini pada muka anda dalam gerakan bulat yang lembut untuk menggosok baking soda ke dalam kulit. Beri tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berparut. Lakukan selama kira-kira dua minit. Bilas dengan air suam dan lap sehingga kering kulit. Anda juga boleh menggunakan pes baking soda dengan menepekkan pes di kawasan yang berparut dan biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum mencucinya.

3. Madu



Madu adalah satu penyelesaian semulajadi yang bagus untuk membersihkan jerawat dan mengurangkan tanda merah akibat jerawat. Ini kerana madu mengandungi ciri-ciri antibakteria dan membantu untuk melegakan kesakitan kulit serta mengurangkan keradangan. Madu yang mentah adalah yang paling berkesan. Ia boleh ditepekkan terus pada kawasan berparut dengan menggunakan jari.

Madu adalah pilihan yang terbaik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. Madu tidak menyebabkan iritasi pada kulit dan ia tidak mengakibatkan kulit kering seperti rawatan lain.

Jika anda boleh mendapatkan serbuk mutiara di kedai-kedai kesihatan atau online, anda boleh campurkan secubit dengan madu untuk rawatan yang lebih efektif. Serbuk mutiara berupaya mengurangkan keradangan dan memudarkan parut jerawat.


4. Aloe Vera


Gel dari daun aloe vera adalah bahan semulajadi yang menenangkan dan boleh digunakan untuk melegakan pelbagai penyakit seperti melecur, luka jerawat dan parut. Aloe vera membantu untuk pembentukan sel-sel baru dan melembapkan kulit, juga memudarkan parut jerawat. Daripada membeli produk aloe vera yang dikormersilkan, lebih baik anda mengambil daun aloe vera segar untuk mendapatkan gelnya. Gel ini boleh digunakan terus pada parut dan tidak perlu dibilas.


Untuk rawatan parut yang lebih efektif, anda boleh campurkan satu atau dua titik minyak tea tree ke dalam gel aloe vera sebelum digunakan.



5. Kiub Ais

Ais adalah home remedy yang sangat mudah yang boleh membantu memudarkan parut jerawat. Ais dapat memberi kelegaan dan mengurangkan radang kemerahan akibat jerawat. Caranya, hanya balut kiub ais dalam kain bersih atau tisu tekapkan pada kulit berparut untuk satu atau dua minit sehingga kawasan itu mula berasa kebas.

Untuk kesan lebih baik anda boleh membekukan teh hijau sebagai ganti air biasa. Teh hijau mempunyai ciri-ciri anti radang yang membantu menyembuhkan jerawat dan parutnya dengan lebih efektif.


Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh Membantu Anda Mengatasi Jerawat.

Kebanyakan orang tidak terfikir akan penggunaan vitamin sebagai cara merawat jerawat dengan berkesan. Hanya kira-kira lima peratus (5%) daripada penduduk mendapat jumlah vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari. Bila keperluan nutrisi badan kita tidak dipenuhi, pelbagai organ termasuk kulit tidak berfungsi dengan baik.

Terdapat beberapa vitamin yang didapati boleh menyihatkan kulit. Vitamin yang terbaik adalah sudah tentu yang diperolehi daripada buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan. Tapi, adakah kita mengambil jumlah nutrisi yang mencukupi melalui pemakanan kita? Maka di sinilah makanan tambahan memainkan peranan. 

Pengetahuan tentang vitaman yang mampu merawat jerawat, boleh membantu anda mendapatkan kulit yang cantik, bebas cela dan berseri-seri seperti yang anda idam-idamkan selama ini.


GLA Complex


Membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan. GLA juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit. Memandangkan ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA Complex mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Kemunculan jerawat semasa haid adalah antara tanda ketidakstabilan hormon.



Vita-E Complex 


Vitamin E melambatkan proses penuaan, mengurangkan parut, mengatasi masalah whiteheand and blackhead yang menjadi punca jerawat. membantu mencegah segala pertumbuhan abnormal sel, mempercepatkan proses pemulihan luka dan membantu melancarkan aliran darah dalam tubuh.








B-Complex With Acid Folic




B-complex yang lengkap dengan kesemua 8 vitamin B (B1, B2, B3, B6, Biotin, Asid Pantotenik, Asid Folik dan B12) adalah sangat diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut. Kekurangan B6 menjadi punca tumbuhnya jerawat. B-complex sangat disyorkan kepada penghidap jerawat kronik kerana ia boleh mencegah stress.




Sustained Release Vita-C Plus




Vitamin C bertindak menangani jerawat dalam dua cara iaitu bertindak sebagai antioksidan yang memulihkan sel dan menghasilkan sistesis kolagen. Sebagai antioksidan, Vitamin C bertindak menghalang radikal bebas dan kotoran yang berpunca dari kulit yang terdedah kepada pencemaran dan toksin. Radikal bebas yang meningkat di kulit akan meningkatkan pengeluaran sebum dan menyebabkan jerawat tumbuh.



ESP (Energizing Soy Protein)



ESP mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Asid amino ini adalah komponen protein yang membantu badan membina sel-sel baru. Bagi orang yang mempunyai parut jerawat, pembinaan semula sel-sel baru adalah sangat penting untuk menggantikan sel-sel kulit yang telah mati. Tanpa asid amino ini, sel-sel baru tidak dapat dibentuk.

Vivix




Menurut kajian dari Dr. Bowe, seorang pakar kulit dari New York, mereka yang mempunyai masalah jerawat adalah mereka yang mempunyai tahap antioksidan yang rendah. Vivix yang kaya dengan resveratrol dan polifenol mempunyai antioksidan yang tinggi akan menghalang punca jerawat. Antara punca utama jerawat ialah hormon yang tidak stabil, minyak berlebihan dan keturunan. Kesemua ini dapat diatasi oleh Vivix yang bertindak diperingkat paling asas iaitu sel.



Testimoni  1

Kulit Muka Putih Berseri Dan Jerawat Hilang Selepas Amalkan Set Jerawat Shaklee.



Image may contain: 2 people, text




"Assalamualaikum, nama saya Liley Wane Bt. Anuar, berumur 28 tahun dan mempunyai seorang anak.

Saya mengalami masalah muka yang teruk iaitu kulit muka saya mengalamai jerawat bernanah. Sebelum ini saya menggunakan skin care jenama X. Semakin saya guna skin care tu makin pedih dan rasa panas muka. saya terlalu obses nak cepat muka licin tanpa jerawat sebelum nikah, beli skin care,tapi agak mengecewakan apabila muka jadi teruk dan jerawat bernanah timbul..malu oiii nak jumpa.orang..rasa nak menyorok jer kat umah.

Saya dah google cari penyelesaian,jumpa Shaklee,tapi tak beli lagi time tu sebab tarikh nikah dah dekat, jadi bersanding la dengan make up. Walaupun make up, jerawat still nampak. Teruk kan muka sampai nampak walaupun make up tebal :-D

Lepas nikah, makin teruk. Muka, nak berdepan dengan suami pun malu. Hampir 2 minggu lepas nikah, tak tahan dengan muka teruk, terus PM FB Puan Adilah Manaf, hasil survey sebelum nikah.

Beliau soal siasat dulu keadaan muka saya dan dia cadangkan B-Complex ,ESP, VIT C dan GLA COMPLEX, maka terbeli la Set Shaklee ni dan terus daftar ahli. 😀

Bermula la saya berShaklee, cara pemakanan memang Puan Adilah dan kak Aieda bagitau dan saya follow cara yang mereka cadangkan. Saya mengalami healing crysis pada awalnya berShaklee. Memang terasa nak demam.

Selepas beberapa minggu consume, Ya Allah syukur sangat-sangat, muka dah tak rasa panas dan pedih, jerawat pun makin surut hanya tinggal parut jer. Sejak berShaklee ni, syukur teramat sangat dapat kenal Shaklee, orang diluar sana tak payah nak bazirkan duit untuk cuba product lain, pilih la yang natural dan selamat, Shaklee teramat value for money.

Memang tidak menyesal berShaklee malah rasa berbaloi sangat, saya ambil Set Jerawat tu tapi pakej lain jugak saya dapat, GLA dalam set tu asbab lepas consume Alhamdulillah saya positif hamil, bunting pelamin, hoyehhh memang nak baby awal. Oh ya, my resdung dah hilang boleh balun seafood tanpa was-was.

Semua pakej (jerawat bernanah dah hilang,hamil, resdung) yang saya dapat daripada guna set jerawat tu, sesuai la dengan ayat, Shaklee ni memang value for money. Tidak mengharapkan pun muka macam artis Korea sebab saya memang dari dulu tak berapa nak cerah. Apa yang penting bebas daripada jerawat dan yang bestnya pakej berShaklee ni badan lebih sihat.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Adilah Manaf dan Kak Aieda yang banyak bagi input dan tolong guide saya dalam proses pemulihan muka saya."


Puan 
Liley Wane Bt. Anuar




Testimoni  2


Masalah Kulit Muka Yang Berjerawat Selesai Dengan Set Cantik Shaklee.



Image may contain: 3 people




"Assalammualaikum. Nama Saya Farah Wahida. Berumur 23 tahun. Saya berasal dari Maran, Terengganu. Tapi menetap di Kemaman, Terengganu.

Masalah saya sebelum dipertemukan dengan Shaklee adalah masalah muka berjerawat, berminyak dan berparut yang sangat teruk. Saya ada masalah ini sejak darjah 6. Saya banyak pakai produk untuk rawat kulit muka saya, tapi semua tak menjadi dan ia makin teruk. Sehingga saya rasa sangat tertekan dan tak mahu merawat lagi.

Saya dipertemukan dengan Shaklee oleh upline saya pada Disember 2016 ketika saya berumur 21 tahun. Dimana beliau beri cadangan kepada saya untuk menggunakan produk ini iaitu GLA Complex, ESP , Vitamin C dan Nutriwhite untuk menstabilkan hormon dan membaiki sel kulit muka saya.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dalam masa 4 bulan saya dapat perubahan yang ketara.

Kulit tak berminyak, jerawat tak naik dah. Parut dah berkurang. Syukur sangat. Kesan yang sangat-sangat saya tak jangka.

Terima kasih saya ucapkan kepada upline saya dan Team shaklee yang banyak membantu saya. Shaklee Produk No.1 dalam hidup saya."



Farah Wahida

Kemaman, Terengganu.


Hubungi saya untuk pilihan vitamin mengikut masalah anda dan konsultasi percuma.




Klik untuk order online







Saya benar-benar ingin membantu anda



Jangan berlengah lagi. Hubungilah saya



Klik untuk whatsapp saya



Call/SMS/Whatsapp : 012-684 1829






Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

  1. Boleh cuba ni..tq for tips dear

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips laily..zara kalau malam memang tak miss sapu nw overninght renewal cream..d best :)

    Mommies semua biasa tak rasa mengantuk jer semasa pregnant?

    ReplyDelete
  3. menarik sangat tips tips ni. boleh cuba la nanti. nak cantik tanpa jerawat

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang menarik..siapa yang taknak muka bebas jerawat kan..

    ReplyDelete
  5. ada masa boleh cuba tips ni, nak senang ambil vitamin je..kan, tq sis

    Nak Kulit Flawless dan Glowing?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan