Cara Merawat Buasir Ketika Hamil

Masalah sembelit teruk sehingga mengakibatkan buasir adalah perkara biasa yang dihidapi oleh 1 daripada 10 orang ibu hamil. Mungkin dek kerana malu, jadi ia jarang dibincangkan secara umum. Jadi, pada entri kali ini, saya ingin kongsikan cara merawat buasir ketika hamil.


Apakah Buasir...?


Buasir atau di dalam bahasa inggeris dipanggil Haemorrhoids adalah berpunca dari salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Apabila keadaan abnormal ini berlaku, ianya membawa kepada masalah iaitu keradangan.


Buasir adalah penyakit yang sering berlaku dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Namun ia sering terjadi kepada individu yang berumur 30 tahun keatas dan ibu hamil. Dikatakan juga, buasir ini terjadi akibat meneran semasa membuang air besar dan sembelit.


Apakah Punca Buasir Di Kalangan Ibu Hamil


Wanita hamil mungkin mengalami buasir kerana pembesaran janin yang menyebabkan tekanan di bahagian dubur. Salur-salur darah dibawah uterus berkemungkinan membengkak dan meregang akibat tekanan daripada berat bayi yang sedang membesar didalam kandungan. 


Ketika hamil juga , jumlah darah dalam badan sedang bertambah serta tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah dan menyebabkan sembelit. Sembelit yang teruk mengundang pula masalah buasir.


Selain itu seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan, berdiri terlalu lama setiap hari dan mengangkat benda berat juga boleh menyebabkan buasir. Kesemua keadaan tersebut boleh menyebabkan tekanan pada salur vena di rektum dan dubur. Akibatnya berlaku pembengkakan dan radang.



Terdapat dua jenis buasir, ia bergantung kepada lokasi buasir tersebut. Kedua-duanya mempunyai simpton dan masalah yang berbeza.

1. Buasir Luaran

Ia adalah salur darah vena yang bengkak di bahagian bawah kulit luar ke dubur. Pesakit biasanya merasa sakit, gatal, berdarah serta bengkak semasa membuang najis. Setiap orang mungkin merasakan sakit yang berbeza-beza, namun sakit yang kuat boleh berlaku akibat salur darah yang tersumbat oleh darah beku. 


2. Buasir Dalaman

Ia adalah salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Biasanya pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa rasa sakit. ada juga pesakit mengatakan terasa seperti unjuran terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin akan hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak semula unjuran itu ke dalam.





Jom kita lihat perkongsian Puan Farah Qurratun Aini tentang produk Shaklee yang membantunya merawat masalah buasir ketika hamil dan berpantang.



Bagaimana Vitamin Shaklee Boleh Membantu Merawat Buasir Ketika Hamil ?

Terdapat dua vitamin dari Shaklee yang boleh membantu merawat buasir.


1. OsteMatrix


OsteMatrix mengandungi magnesium di dalamnya membantu melegakan otot di dalam usus, dimana ia membantu untuk menwujudkan pergerakan yang lebih lancar. Masalah sembelit juga dapat di atasi dengan pengambilan OsteMatrix.  Selain itu, OsteMatrix juga berfungsi membantu penyerapan air ke dalam kolon dan seterusnya melembutkan najis serta melancarkan proses pembuangan.


2. OmegaGuard



Omega 3 iaitu kandungan utama OmegaGuard sangat membantu mengurangkan pembengkakan atau radang pada salur darah akibat buasir. Beberapa kajian mendapati dan membuktikan minyak ikan Omega 3 boleh membantu melancarkan pergerakan yang lancar di dalam usus. 


Untuk kesan yang terbaik, disaran juga untuk anda mengamalkan set kehamilan dari Shaklee. Insha Allah, mudah-mudahan anda tidak mengalami buasir kerana OsteMatrix dan OmegaGuard terdapat dalam set kehamilan.  

  




Testimoni












Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....




Comments

  1. Replies
    1. Betul tu...mintak jauh la. InsyaAllah Shaklee boleh membantu.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Hilangkan Bintik Kolestrol Di Sekitar Mata Secara Semulajadi

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan

Ovarian Cyst, Tanda dan Cara Merawatnya