Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Setiap wanita hamil cenderung untuk mendapat tekanan darah tinggi semasa kehamilan mencecah trisemester kedua. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan hormon yang dirembeskan oleh placenta walaupun tidak mempunyai faktor risiko untuk mendapatnya. Ketahui cara mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil agar tidak mengundang komplikasi yang lebih serius. 


Seorang wanita itu didiagnosakan mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil apabila bacaan tekanan darah tingginya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya melebihi 90mmHg. Bacaan tersebut pula harus di ambil sebanyak sekurang-kurangnya dua kali dalam jarak masa 6 jam bagi pengesahan yang tepat. 

Terdapat 3 jenis penyakit darah tinggi semasa hamil iaitu;


1. Gestational Hypertension 

Apabila wanita hamil mempunyai bacaan tekanan darah tinggi dan ujian air kencing menunjukkan tiada protien, berlaku dalam tempoh selepas usia kandungan  mencapai 20 minggu sehingga 12 minggu melahirkan anak.

2. Chronic Hypertension

Apabila wanita hamil mempunyai bacaan tekanan darah tinggi dan ujian air kencing menunjukkan tiada protien, berlaku dalam tempoh sebelum usia kandungan  mencapai 20 minggu atau selepas 12 minggu melahirkan anak.

3. Preaclampsia

Apabila wanita hamil disahkan samada mempunyai Gestational Hypertension atau Chronic Hypertension dan ujian air kencing mengandungi protien. Masalah ini jika tidak dirawat awal akan memudaratkan ibu dan juga anak dalam kandungan.


Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan wanita hamil mudah mengalami masalah tekanan darah tinggi semasa hamil. 
  • Wanita yang berusia kurang dari 20 tahun
  • Wanita yang berusia lebih dari 40 tahun
  • Pertama kali hamil
  • Mempunyai kakak atau ibu yang memgalami masalah ini ketika hamil
  • Wanita yang hamil kembar
  • Mempunyai masalah buah pinggang sebelum hamil


Komplikasi Terhadap Ibu

Walaupun punca tekanan darah tinggi semasa hamil tidak sama dengan masalah tekanan darah tinggi biasa, namun komplikasinya adalah sama. Tekanan darah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan saluran darah pecah dan boleh meningkatkan risiko strok kepada si ibu. Dalam masa yang sama jika kehadiran protien di dalam air kencing dikesan, ibu perlu dipantau dengan lebih serius kerana mempunyai risiko terkena sawan. 

Komplikasi Terhadap Bayi

Kurang aliran darah ke placenta boleh menyebabkan bayi kurang nutrisi dan kurang oksigen. Keadaan ini akan menyebabkan perkembangan bayi terbantut dan meningkatkan risiko melahirkan bayi dengan kurang berat badan dari yang sepatutnya. Ibu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi dari awal kehamilan adalah lebih terdedah dengan risiko ini. 

Jika masalah tekanan darah tinggi ini tidak dirawat sehingga penghujung kehamilan, aliran darah yang kurang ke placenta boleh mengakibatkan placenta tercabut daripada tempat asalnya (‘abruptio placenta’) dan pendarahan yang banyak boleh mengancam nyawa bayi di dalam kandungan.

Risiko kelahiran pramatang juga meningkat, ini kerana kurang aliran darah serta oksigen dapat dibekalkan kepada placenta memaksa bayi untuk keluar lebih awal atau digesa untuk keluar lebih awal bagi mengawal tekanan darah si ibu. Ini kerana kebiasaannya tekanan darah si ibu kembali normal selepas melahirkan. 


Tips Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

1. Risiko dan komplikasi terhadap masalah tekanan darah tinggi ini bergantung kepada bacaan tekanan darah si ibu dari awal kehamilan. Jadi amat disarankan untuk mendapat pemeriksaan dan pemantauan berterusan bagi memastikan ibu dan bayi yang dikandung selamat dan membesar dengan sihat. Tips pertama adalah sentiasa membuat pemeriksaan seperti yang disarankan. 





2. Amalkan pemakanan yang sihat. Amalkan pengambilan sayur-sayur dan ulaman segar. Selain itu digalakkan mengamalkan jus buah-buahan yang boleh membekalkan vitamin dan mineral yang bagus untuk kesihatan menyeluruh.





3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti riadah atau bersenam secara santai sekurang-kurangnya 10-20 minit. Selain itu rehat yang cukup juga amat penting bagi mengawal tekanan darah. 





4. Jauhi makanan yang tinggi dengan kandungan garam seperti kebanyakkan makanan ringan. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.





5. Kawal dan kurangkan tekanan di tempat kerja serta usahakan dengan tenang dan terkawal termasuk tugasan harian.





6. Amalkan pengambilan suplemen seperti asid lemak omega 3 dan kalsium.


Suplemen Shaklee untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil



1. OmegaGuard 


  • Berfungsi mengawal tekanan darah supaya berada pada  paras normal
  • Membantu menurunkan kadar kolesterol jahat serta membantu mengurangkan serta melambatkan pembentukan plak pada salur darah
  • Mencegah risiko strok dan melancarkan perjalanan darah yang sihat dan elak pembentukan darah beku. 

2. OsteMatrix


  • Memelihara denyutan jantung 
  • Mengawal pengecutan salur darah serta mengelakkan salur darah menjadi sempit.

3. B-Complex 


  • Mengurangkan stress dan depresi penyebab kepada tekanan darah tinggi
  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga
  • Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.

4. Garlic Complex 


  • Membantu meningkatkan kesihatan kardiovaskular
  • Membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • Menurunkan kolestrol 
  • Melindungi kesihatan jantung dan mengelakkan penyakit koronari dan strok.

Selain dari set mengawal tekanan darah tinggi semasa hamil, anda juga disarankan untuk mengamalkan Set Kehamilan Shaklee. InshaAllah, mudah-mudahan anda sihat dan bertenaga semasa tempoh kehamilan. 


Testimoni







Hubungi saya untuk order atau mahu bertanya lebih lanjut, anda layak mendapat konsultasi ekslusif. Jadi tunggu apa lagi ? Jom order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.


Disclaimer : Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Produk-produk ini adalah makan tambahan yang membantu melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan juga membantu sistem badan berfungsi dengan lebih baik. Baca lebih lanjut....


Comments

Popular posts from this blog

Cara Merawat Bartholin Cyst Dengan Berkesan

Tiub Fallopio Tersumbat Dan Kaedah Merawat Tanpa Pembedahan