Jeragat merupakan antara masalah popular yang sering dihadapi oleh kebanyakkan orang selain masalah jerawat. Walaupun ia bukan penyakit kulit yang berbahaya, tetapi jeragat turut memberi kesan terhadap penampilan dan keyakinan diri seseorang individu. Jom baca cara atasi jeragat dengan semulajadi dan berkesan. Apa Itu Jeragat ? Jeragat ialah tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka terutamanya pipi, dahi, hidung dan sekitar mulut. Jeragat biasanya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal, dan ini akan menyebabkan tona kulit kelihatan tidak sekata. Pada asalnya, saiz jeragat hanyalah tompok-tompok kecil, namun lama kelamaan ia membesar dan kadangkala bercantum dengan yang lain sehingga memenuhi wajah. Apa Punca Jeragat ? 1. Matahari Sinar matahari mengandungi UV A & B yang boleh menyebabkan kerosakan sel kulit. Kesan UV ini bukan sahaja boleh merosakan sel kulit, malah lebih parah boleh mengakibatkan kanser kulit. 2. H...